Thursday, August 27, 2009

Kasih Sayang Anak dan Ayah

Pagi ini rasa macam ingin menulis tentang kasih sayang antara seorang anak dan ayah. Hari minggu yang lepas saya pulang ke kampung dan emak beritahu abang sepupu iaitu abang An ada di kampung. Abang An menghidapi penyakit kencing manis tahap serius dan beliau juga ada masalah kesihatan psikologi. Bila jiwa dia tidak tenteram atau ada masalah dia akan mula meracau dan mentalnya tidak stabil. Abang An mempunyai seorang isteri dan sepasang anak. Yang sulung perempuan dan yang bongsu lelaki. Kedua-duanya masih belajar, seorang di kolej dan seorang lagi di sekolah menengah.
Disebabkan kehidupan yang biasa sahaja maksudnya tidaklah senang sangat maka apabila Abang An sakit, isterinya perlu bekerja untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Oleh itu, isterinya tidak boleh menjaga dan menguruskan abang An. Abang An pun di hantar ke kampung. Mak Lang dan Pak Lang lah yang menguruskannya. Mak lang dah tua dan apabila terpaksa menjaga Abang An menyebabkan dia kepenatan. tapi apakan daya tidak ada sesiapa yang boleh menguruskan abang an. Keadaan ini saya lihat sendiri semasa abang an di HKL. Kesiannya.. anak dan isteri tidak boleh datang selalu, hanya mampu datang hujung minggu. Adik beradik pula sibuk dan mak lang dan pak lang pula terlalu jauh nak berulang melihat dia di HKL.
Bila dia pulang ke kampung dia sangat merindui keluarganya, hinggalah satu hari pada senja dua ramadhan abang an jatuh pengsan dan saya adik beradik mengangkat abang an. Abang An dimasukkan ke hospital Tampin malam itu. Pada malam itu, jelas pada mata saya dia merindui anaknya. Saya berazam untuk menunaikan hasratnya yang satu. Tambahan pula cuti sekolah dan saya berpendapat kalau isterinya benarkan saya membawa pulang seorang anaknya. Malam itu saya berusaha berhubung dengan Fitri anak lelaki abang an. Akhirnya berjaya, saya menjelaskan pada Fitri keadaan ayahnya yang tidak stabil. Pada mulanya Fitri mahu pulang ke kampung. Namun malam itu Fitri balas sms mengatakan dia hanya akan pulang melihat ayahnya pada hujung minggu ini. Saya berasa kecewa, saya memujuk Fitri sekali lagi dan akhirnya berjaya tetapi Fitri hanya mahu balik hingga hari rabu atau khamis. Fitri rasa serba salah untuk meninggalkan emaknya keseorangan. Tapi saya fikir tak kisahlah walaupun sekejab biarlah asalkan abang an dapat melepaskan rindu. Akhirnya pada pagi isnin saya berjaya membawa Fitri pulang ke kampung. saya terus membawa Fitri ke hospital. Abang An terkejut melihat anaknya datang dia terus menangis. Dia memeluk dan cium anaknya tanpa henti. Fitri menyapu air mata ayahnya. saya rasa begitu syahdu saat itu, air mata saya mengalir melihat saat itu. Saya rasa puas dapat membantu abang an. Fitri berjanji akan duduk di kampung sehingga hujung minggu dan akan ke hospital setiap petang melawat ayahnya.
Mak lang bercerita setiap petang Fitri akan suapkan bubur pada ayahnya dan ketip kuku dan menyikat rapi rambut ayahnya. Begitulah kasih sayang anak pada ayah... saya berdoa agar abang an dapat merasa kehangatan kasih sayang ini hingga akhir hayatnya. Saya juga berdoa agar abang an sihat semula. walau pun sukar sebab penyakitnya dah teruk. Insyaallah jika tabah dan disiplin abang an akan berjaya menjalani kehidupan seperti dulu.

Hujan

Dari semalam hujan turun tak berhenti-henti. Bagi saya hujan ni memberi rahmat yang amat besar antaranya memudahkan saya kerana tak perlu siram pokok-pokok yang ada dalam kebun mini di belakang rumah. Saya ada mengusahakan kebun, saiznya kecil aje adalah sikit untuk keperluan harian saya. Sekurang-kurangnya saya tak perlu nak beli serai, daun pandan, daun kunyit dan cili. Semalam baru tanam pokok cili besar. Hari hujan ni, harap-harap tumbuhlah dengan cepat. Saya tanam pokok-pokok tersebut tanpa menggunakan baja kimia semuanya secara semulajadi. Saya hanya menggunakan sumber alam yang tersedia sahaja seperti tanah, dan tahi lembu. Seboleh mungkin saya mahu mengusahakan secara organik. En hazrin pernah terangkan tanaman secara organik sukar nak dibuatdan saya memang akui susah berbanding dengan orang lain yang menanam pokok dan menabur baja. Kalau ada masa saya akan ambil gambar kebun dan masukkan dalam blog ni. Pagi ni saya teringin nak ke kebun untuk merumput tapi kalau hujan tak berhenti tak bolehlah nampaknya. Kalau pergi tengah hari susah pulak sebab Rauf ada nanti dia berjalan-jalan kat jalan. Bimbang juga kereta lalu lalang. Hari ini dah hari jumaat, puasa pun dah masuk hari ke tujuh. Cuti juga dah nak habis. Hari selasa ni sekolah balik. Bila cuti terasa boring bila dah nak kerja terasa malas la pulak...

Salam Ramadhan

Assalamualaikum
Kepada semua rakan-rakan yang ada mengikuti blog ini sekalung ucapan terima kasih pada semua. Kepada kak eta yang banyak mengajar saya yang agak lembab IT untuk membuat blog. Dikesempatan ini saya mengucapakan Salam Ramadhan pada semua rakan-rakan baik di IPGM KBM, pensyarah pembimbing En Masywawi Mohd Nor atau pun En Bai, Mentor Puan Fatimah Mohd Dahlan, rakan-rakan baik semasa di Universiti Malaya dan rakan-rakan sekerja di reliable bazaar sdn bhd. Saya berdoa agar ramadhan ini memberi seribu keberkatan kepada semua. Minggu ini merupakan cuti sekolah. Saya mengambil kesempatan ini untuk bercuti dengan bersungguh-sungguh, maksudnya berehat sahaja tanpa mempedulikan masalah-masalah kerja ataupun kerja-kerja yang tertangguh. Entahlah.... saya mesti kuatkan semangat untuk selesaikan kerja-kerja tertangguh antaranya menanda buku kerja murid, soalan exam kelas 5 intan, kebun yang tidak terjaga, kemas rumah... emmm banyaknya kerja. Tambahan sekarang puasa rasa macam tak larat aje, asyik nak tidur.

Wednesday, August 26, 2009

http://www.tinycounter.com/countercode_newacc.php

ROSLAWATI DAN ROZNILAH


Dua orang wanita ini merupakan sahabat baik semasa di IPGM KBM. Namun semasa praktikum ini kami membawa haluan sendiri kerana sekolah lain. Saya berdoa agar anda berdua berjaya menempuh cabaran semasa praktikum dan semoga berjaya. Rindu dengan kamu berdua dan rakan sekelas 1C. tak sabar nak berjumpa semula selepas PRAKTIKUM ni....

ABDUL RAUF BIN MUHAMMAD RIZAL


Inilah satu-satunya permata hati saya pada masa sekarang.. saya nak sangat anak lagi... tapi disebabkan saya sedang mengikuti KPLI emmm terpaksalah menangguhkan perancangan ini... Rauf lahir pada tahun 2006, 25 oktober. Banyak juga cabaran semasa melahirkan dan nak membesarkan Abdul Rauf ni. rauf lahir dengan masalah retak di panggal kepala dan ada sedikit pendarahan pada retak itu. Pada mulanya saya tidak tahu Rauf ada masalah ini kerana selepas operation saya masuk wad dan keletihan setelah dua hari sakit nak bersalin. Entahlah banyak gak nak ceritanya... saya pun rasa macam tak tahu nak cerita. Biarlah, sekarang ni Rauf macam gambar di ataslah dah semakin sihat dan pandai. saya berdoa supaya rauf tidak menghadapi masalah besar yang lain....

PRAKTIKUM

Dah lama tak menulis dalam blog ni. Rasanya dah hampir dua bulan. Dah macam-macam yang berlaku sepanjang dua bulan ini. nak cerita pun rasanya tak tercerita. Tapi rasanya dalam macam-macam hal tu saya dah boleh membina keyakinan diri dan saya berharap agar saya berjaya menempuh cabaran sepanjang tahun 2009 ini. saya menganggap tahun 2009 adalah tahun yang paling teruk sepanjang perjalanan ini. Saya amat berharap agar ALLAh memberi kekuatan.