Thursday, October 29, 2009

ya atau tida

Tuesday, October 27, 2009

Temuduga spp

aku telah menjalani temuduga spp. Aku sangat risau sebab temuduga ini merupakan temuduga penting kerana jika lulus temuduga ini maka aku akan terus dilantik. Pada masa yang sama aku sedih juga sebab sahabat yang lain temuduga pada 27 sedangkan aku 26. emm baru aku tersedar yang rakan2 lain namanya bermula dengan R aku aje bermula dengan N.. Bukanlah tak ngam dengan yang lain tetapi aku dah terlalu biasa dengan mereka sehinggakan jika tak ada aku rasa janggal. Sebenarnya banyak juga yang berlaku sepanjang minggu lepas tetapi tak larat nak cerita dan ada jugalah unsur-unsur tak nak beergaduh atau panjang cerita. terima kasih pada rakan2 yang menyokong kuat dari belakang... sekarang ni aku rasa lebih baik buat bodoh dan senang sikit cerita..
Kadang2 rasa macam tertanya2 betul ke keputusan aku nak duduk di sektor kerajaan ni.. bila mengikuti kursus ni barulah jelas nampak beberapa aspek yang perlu diperbaiki terutamanya untuk kaki bodek, pengampu dan orang yang jenis talam dua muka.. emm talam pun ada dua muka.. talam yang belah belakang tu kita buat alas untuk tebar roti canai. Aku dah terbiasa dengagn cara swasta dan pengaruh kepimpinan En Hazrin juga agak kuat. Dia mengajar aku ilmu mengjangka. En Hazrin pernah berkata sektor kerajaan ni sangat besar dan berada di mana-mana seluruh Malaysia dan bilangan pekerja beratus ribu. Jika ada yang cuba menikam dari belakang kita akan sukar mengesan siapa orangnya. Ini berbanding dengan kerja di sektor swasta dan bilangan pekerja paling tinggi hanya 2 hingga 3 ribu dan kita boleh cari orang yang cuba menikam kita. Aku paling tak tahan dengan talam dua muka, oh tolonglah jangan buat perkara seperti ini.
Seterusnya aku juga kurang senang dengan orang yang kuat prasangka. Jika perasaan ini tidak dikawal aku bimbang hanya sengketa yang akan menimpa sebabnya bila buruk sangka tanpa asas ataupun pertimbangan yang baik hanya membuatkan kita bergaduh di atas angin tambahan pula kalau cerita ni di sebarkan pada orang lain. Oh lupa pulak nak cerita tentang ILMU MENGJANGKA nih, en hazrin kata biasanya bila berlaku sesuatu yang tak kena kita akan dapat kesan akibat daripada hal ini. dan bila ramalan ini betul maka kita bolehlah kata kita ni seperti tukang tilik yang pandai. Sepanjang aku duduk kat MAKTAB ni banyak gak aku gunakan ilmu mengjangka ni.. emmm banyak yang kena dan betul. Ilmu mengjangka ini sesuai digunakan pada sektor kerajaan. Pada sikap orang2 seperti diataslah.. aku rasa jika di sektor swasta mesti tak lama sebab swasta amat pentingkan kualiti dalam setiap pekerjaannya kalau tak lingkuplah company beb..
Hebat orang yang kerja kat kerajaan ni, aku tabik pada yang benar2 jujur tetapi pada yang separuh jujur jangan sesekali mengangkat diri anda sebagai orang yang jujur. Tepuk dada tanya selera sebab takut bila meludah terpalit pada diri sendiri. Apa yang aku cakap kat atas ni hanyalah pandangan orang yang tak berapa arif dlm ilmu dunia tetapi aku semakin matang dalam menjalani kehidupan. Pada masa ini juga aku tidak berani menegur sikap2 perkara yang tidak elok yang berlaku berbeza pada masa aku bekerja dengan reliable bazaar dulu jika ada sikap2 di atas aku akan buat teguran terus. Moga allah mengampunkan aku insan yang daif dan lemah ini...

Wednesday, October 14, 2009