Wednesday, July 28, 2010

Dusun...

Aku nih bayak koje len nak buat.. tetapi sebab aku suka sangat dengan suasana kebun kat kg akupun membazirkan masa aku yang berharga ini dengan mengupload gambar dusun kat kg..
korang kalau nak datang bolehhhhh sangat2 terutamanya musim buah nih.. tapikan korang kene panjat dan kutip buah sendiri sebab tak ada orang nak buat .. aku pun sama..

layan ajerlah gambar2 yang aku ambil nih.. tak cantik sangat sebab aku tak gheti....



ini gambar pokok durian.. sebenarnya aku nak ambil gambar buah durian.. entah macam mana tak nampak langsung buahnya....


Gambo nih pun aku ambil... korang tengoklah terbalik......



tuan punya dusun... hik hik... kat pangkal tu buah durian baru kutip.. nampak tak????? nampaklah yee



Nih adik-adik aku tengah mengutip dan mematahkan pokok rambutan... iskh ish...




Thursday, July 22, 2010

Cermin mata


Cermin mata aku terkopak dari framenya... dahlah gaji aku kerani sekolah tu kata aku dapat minggu depan.. alih-alih pagi ni cermin mata jadi macam nih.. sabo ajerlah... kalau tak ada duit janganlah nak melawat kedai cermin mata... Ini semua keje encik Rizal.. aku suruh adjust sikit ajer.. dia adjust sampai terkopak.. pastu nak pujuk2aku.. pigi dah... pujuk dengan duit ok.. tapi kalau pujuk tak bagi duit, muka aku tetap moncong tau... he he he.. Sian gak kat dia dah aku suruh pastu marah lak kat dia...

hari ini potluck kat SKBK2,,, entah macam mana aku nih boleh terjebak dengan memegang jawatan pengerusi potluck.. setahu aku GB tak pulak inform apa-apa. Tapi tak mengapalah aku happy ajer buat keje nih.. mengaturkan tentang makanan.. Minggu nih merupakan minggu ketiga aku buat. Takat nih, sambutan memang hebat.. Ramai yang menunjukkan kehebatan memasak.. ha ada yang bawa kek baru keluar oven. Panas lagi ko.. hebat-hebat( Kak Rozita). Kak Salawzti saperti biasa tak nak bawa apa selain nasi.. sebab dia kata tak pandai masak.. ok jer kak.. sedap gak nasik akak hik hik hik..
Super senior kak Sharina pulak memang suka masak macam -macam.. hari nih nak bawa macam-macam... menu rasia...aduhai bertuah sungguh.. Ustaz Shuhor pula menawarkan diri nak bawa kerang goreng istimewa..
Aku nak bawa pa ekk minggu nih.. dah dua minggu aku bawa makanan. Rasa macam nak rehat... tapi entahlah.. Minggu pertama aku masak asam pedas dengan sup sayur, minggu kedua lak mee kari.. tang mee kari licin ko... Minggu nih pula aku dah tersentap dengan cermin mata yang terkopak ni.. tu yang hilang mood dan terus tengok komputer.. tak tengok dapur.. bengang giler...

Friday, July 16, 2010

Syukur Alhamdulillah

Hari pertama aku menjejakkan kaki kat SKBK2 ni.. perasaan agak tertekan dan seperti tidak dapat menerima budaya kerja yang agak berbeza dengan SKBSD1.. Tambahan pula aku mengajar sesi petang.. Masyaallah dua bulan asyik sakit ajer. Batuk, demam, selsema dan sebagainya... Masa datang ke sekolah asyik terlewat.. emm bukan lewat sangatlah.. kelas masuk 12.30 aku sampai 12.15... aku tak suka sampai dalam masa yang macam tuh.. bagi aku lewatlah tu.. aku suka berada di sekolah sekurang-kurangnya 1/3 jam dari masa yang ditetapkan.. Masa di SKBSD1 aku sampai sekolah selalunya 7.00 atau sebelum kul 7.00... sebelum nih pun masa kerja swasta aku awal sampai tmpt keje.. tapi balik aku nak cepat sikit.. tak delah nak duduk-duduk..
Puas aku cuba setkan masa supaya aku samapi dalam kul 11.00 pagi atau kul 11.45.. punyalah lama nak ambil masa.. akhirnya sekarang aku antara yang terawal sampai.. tapi jarang dapat nombor satu.. Dapat nombor 3 atau 4. maksudnya ada beberapa guru senior yang lebih efisyen menguruskan masa mereka dan seluruh hidupnya pada sekolah.. bagus betul.. dan aku tabik pada mereka.. pemerhatian mereka pada murid juga baik.. tidak lalai.. tahniah Rozita Mohd Nadzir.
Semakin lama aku dapat meraasakan betapa akrabnya hubungan guru sesi petang.. tak kiralah senior ataupun yang junior. Mereka seperti kakak yang sentiasa mengingatkan adik-adik tentang apa-apa sahaja.. berbual kisah keluarga atau sekolah seperti kami ini bukan orang baru. Senyuman tidak pernah lekang dari bibir.. Usik mengusik, berjenaka hinggakan aku rasa hilang stress di kepala.. dengan kerenah murid yang mengusutkan kepala.. Yelah awal-awal dulu kita tak kenal lagi.. tambahan pula aku dah mula memahami budaya kerja mereka.. so, aku pastikan yang aku mengembil tahu semua hal ehwal semasa di sekolah supaya aku tak ketinggalan dan menyibuk diri dengan guru-guru panitia supaya aku tahu kerja aku.. membaca papan kenyataan di bilik guru setiap hari untuk mendapat maklumat.. Aku juga pastikan yang aku tak mengusik apa-apa barang tanpa pengetahuan guru penyelia petang... pastikan semua tempat yang aku masuk dan gunakan bersih.. walau sebelum nih tak bersih... sehinggakan kak rosyidahh kata aku nih rajin sangat.. bukan apa aku cuma tak suka nanti jadi hal lain..
Aku rasa kagum dengan kak salawati.. baru2 nih ada guru baru yang gantikan tempat dia , tapi aku tak surelah guru baru mengajar apa... tapi cara dia hand over kerja memang bagus.. dia terangkan satu persatu, sentiasa mengingatkan guru baru tersebut ... wah.. kalau aku mesti seronok ada org guide aku macam tu.. dengan rela hati, tanpa paksaan aku akan membantu dia.. kelaspun aku sanggup gantikan...
Kak Rosyidah, kak rozita, kak yusnita baiknya hati mereka.. sentiasa mengajar aku cara mengendalikan kelas murid yang nakal.. dan cara untuk mengajar bahasa melayu dengan berkesan..bahan-bahan pun tak lokek juga.. begitu juga dengan Noraini.. wah.. aku suka cara dia menegur dan menasihati guru-guru baru.. sentiasa lembut tetapi nadanya tegas...
Yelah agak berbeza dengan SKBSD1 tetapi tetap ada penariknya.. thanks saya rasa gembira dan mula menikmati keseronokan bekerja.. Insayaallah.. segala kelemahan diri akan saya perbaiki untuk menjadi seorang guru yang baik.. terima kasih semua.. rakan-rakan baru dan lama...

Friday, July 2, 2010

Minta Maaf ye.. saya tak tahu..

Kenapa pagi-pagi gelap ni aku guna tajuk ini?.. Semalam aku ada hari pelanggan di sekolah. Aku dimarahi oleh seorang guru senior tentang meja yang aku ambil... Aku tak sure apa yang menjadikan dia marah aku dengan cara begitu. Ceritanya asalnya macam ni, aku bagi background supaya tak salah faham ye..
Sejak mula aku dan beberapa rakan pindah masuk ke sekolah ni, kami tidak mempunyai tempat ataupun meja.. tak mengapalah, guru baru dan sekolah baru tentulah kita tak boleh demand yang macam-macam. So, kami dapatlah meja panjang, seperti meja kantin. Tak mengapa jugalah... duduklah satu meja kantin tu untuk empat org guru.. Jadi cikgu ni kalau tak banyak barang tak sah ye tak??? tambahan kalau jaga kelas.
Kemudian kamipun duduklah sehingga datang sekumpulan guru ke sekolah kami, mereka dapat meja, tetapi kami yang dua bulan disekolah tu tak dapat meja.. berlakulah beberapa masalah tempat tak ada, sempit dan macam2 hal.. Selepas itu, Cikgu Siti Syahirah mencadangkan kamiuntuk mengambil meja di bilik peperiksaan. Sebab meja tu tak digunakan pun.. Setelah berbincang dengan GPK petang, pekerja sekolah pun ambillah dan masukkan kedalam bilik guru... dan aku hanya perlu cari lagi dua buah meja untuk menjadikan bilik guru kemas dan semua guru mendapat meja.
Alhamdulillah, Cikgu Emi dan Cikgu Hafiz memberi kerjasama yang amat baik dengan rela hati membenarkan kami mengambil meja guru di pusat akses dan bilik tayangan. Selesailah masalah meja.. Semua guru ada meja sendiri dan bilik guru menjadi kemas dan teratur.. Salah ku disini ialah aku tak tengok semula bilik keadaan bilik peperiksaan selepas pekerja mengangkat meja. Sebabnya.. bilik itu tak banyak barang dan pada perkiraan aku tak mungkin bersepah-sepah. Dua bilik yang lain aku pastikan keadaannya teratur kerana bilik tersebut banyak barang.. So, aku pastikan semuanya dalam keadaan yang baik.. yelah org berbudi kita berbahasa..
Semalam, guru yang menjaga bilik peperiksaan bertembung dengan aku dan kawan aku. Nama kami dua2 fazilah.. Diapun bertanya siapa fazilah, aku cakap fazilah yang mana satu? Haa tak kisahlah dua dua fazilah.. Siapa yang mabil meja kat bilik peperisaan tu, saya jawab pekerja dan meja itu Faizah yang pakai bukan kami...
Dengan nada yang meninggi dan marah2 dia berkata" akak tak kisahlah korang nak ambil meja tu, bukan akak gunapun.. tapi ... bla bla.. bla... Aku dan rakan tak terkata.. tak terkeluar pun perkataan maaf dari mulut kami.. terkedu... Aku menyesal kerana yang pertama aku tak tanya dulu pada dia, sedangkan dua guru yang lain aku tanya. Kedua aku tak tengok semula, sedangkan dua meja yang lain aku tengok dan pastikan keadaannya...Sebenarnya, dia boleh cakap dengan aku.. Fazilah , boleh tak tolong kemaskan semula keadaan bilik peperiksaan.. sebab bersepah2. Insyaallah, aku dengan rela hati akan pergi kemaskan.... tak perlu marah2...macam tu... seperti kami ni dua org guru yang bertanggungjawab.. saya tak tahu bilik tu tak dikemaskan...Maaf banyak2 memang saya tak tahu..