Wednesday, November 10, 2010

Minggu Haru Biru

Assalamualaikum.
Sepatutnya sekolah aku tak cuti minggu depan. Kami cuti satu hari sahaja. Tapi PPD bagi cuti pulak.. Akhirnya semua jadi haru biru... poning kepalo den. Suma nak kena selesai sebelum tarikh baru.. hmmm tensionnya...

Monday, November 8, 2010

Ya Allah Tunaikanlah Harapanku...

Assalamualaikum,

Hari ini, hatiku diusik dengan rasa sedih yang teramat. Apa yang aku doakan dan harapkan musnah berkecai begitu sahaja. Sedihnya..... Entahlah aku tak tahu dimana silapnya... Rasa kecewa pada suami juga menjerut hatiku... Namun begitu, aku tetap akan berdoa semoga ALLAH memberiku peluang untuk memperolehi cahaya mata lagi....



Sunday, November 7, 2010

ketakutanku



Assalamualaikum


Setelah sekian lama dirimu menjadi pendamping rapat diriku. Aku sangat sayang pada dirimu.

Apa sahaja yang aku sukai kau tetap setia menemaniku.. namun sejak kebelakangan ini kau membuatkanku menderita kerana dirimu..

mengapa kau buatku begini. Kenapa? kenapa? Marahkah dirimu padaku... Tapi kenapa kau siksa aku begini? Mengapa? oh mengapa? Aku menangis ketika kau menunjukkan amarahmu padaku. Tidakkah kau tahu, kau telah menyiksa diriku. Engkau memaksa aku berjumpa dengan dirinya sedangkan kau tahu aku takut padanya.. sangat-sangat takut. Sungguh, aku tidak main-main. Memang aku takut.. setiap kali aku baring di atas kerusinya, aku..aku.. mula sejuk. Badan mula menggigil dan menggeletar ketakutan. Puas aku menenangkan diri. Namun ketakutan tetap menyelubungi diriku...

Tambahan kalau dia seperti tidak memahami diriku yang lemah ini.. mengapalah kau siksa diriku begini. Tidak sayangkah kau padaku seperti aku sayang pada dirimu. setiap pagi dan malam aku akan membelai dirimu.. Oh GIGIku kenapa kau paksa aku jumpa doktor gigi iaitu insan yang paling aku geruni.. oh gigiku.. kenapa? kenapa? Kenapaaaaaaaaaaaa?

ish.. ish...ish.. ish... aku menagis teresak-esak.... bila kau tidak sayang pada diriku lagi....

Thursday, November 4, 2010

Al Fatihah Untuk Mak Cik Suamiku

Assalamualaikum
Pada keluarga arwah Makcik yang duduk kat Palong N9. kami mengucapkan takziah atas pemergian arwah Mak Cik. Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat...

Dosa Meninggalkan solat

Assalamualaikum
Cerita pengajaran ini saya ambil dari FB Saudara Muhammad Farel. Semoga jadi pengajaran pada semua terutamanya pada diri saya sendiri yang sentiasa lalai.....

Wednesday, November 3, 2010

Sahabatku GENG BULAT

Assalamualaikum....
Sajak ini khas untuk sahabatku, ROZ, WATI, ETA N ANI- THE GEBUZ-GEBUZZZZ

Hati ini digamit rindu padamu
Begitu lama dirimu menyepi
Hatiku tertanya-tanya
Sihatkah dia?
Gembirakah dia di sana?
Atau marahkah dia padaku,
Namun semua keraguan
hilang ditiup angin bayu..
tatkala aku mendengar suaranya,
gelak tawanya masih seperti dahulu
tanpa ragu
hatiku kembali ceria
namun batas waktu
telah memisahkan kita
doaku harapanku
moga kalian gembira di mana jua berada..
semoga kita punya waktu dan kesempatan bergumbira
seperti dahulu....

hihihihihihi
nak lawan sajak Roz
bubai.. wassalam