Assalamualaikum
Setelah sekian lama dirimu menjadi pendamping rapat diriku. Aku sangat sayang pada dirimu.
Apa sahaja yang aku sukai kau tetap setia menemaniku.. namun sejak kebelakangan ini kau membuatkanku menderita kerana dirimu..
mengapa kau buatku begini. Kenapa? kenapa? Marahkah dirimu padaku... Tapi kenapa kau siksa aku begini? Mengapa? oh mengapa? Aku menangis ketika kau menunjukkan amarahmu padaku. Tidakkah kau tahu, kau telah menyiksa diriku. Engkau memaksa aku berjumpa dengan dirinya sedangkan kau tahu aku takut padanya.. sangat-sangat takut. Sungguh, aku tidak main-main. Memang aku takut.. setiap kali aku baring di atas kerusinya, aku..aku.. mula sejuk. Badan mula menggigil dan menggeletar ketakutan. Puas aku menenangkan diri. Namun ketakutan tetap menyelubungi diriku...
Tambahan kalau dia seperti tidak memahami diriku yang lemah ini.. mengapalah kau siksa diriku begini. Tidak sayangkah kau padaku seperti aku sayang pada dirimu. setiap pagi dan malam aku akan membelai dirimu.. Oh GIGIku kenapa kau paksa aku jumpa doktor gigi iaitu insan yang paling aku geruni.. oh gigiku.. kenapa? kenapa? Kenapaaaaaaaaaaaa?
ish.. ish...ish.. ish... aku menagis teresak-esak.... bila kau tidak sayang pada diriku lagi....
No comments:
Post a Comment