Tuesday, December 10, 2013

Bahasa Jiwa Bangsa

Assalamualaikum...
Sebelum yang meneruskan coretan tentang tajuk di atas ingin saya menyatakan di sini bahawasanya saya akan mula menulis menggunakan bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Saya sangat terkesan dengan gaya penulisan saudara Khairul Abdullah yang menggunakan bahasa Melayu dengan baik walaupun pada ketika ini beliau berada di German. Saya berasa sangat malu dengan diri sendiri apabila gagal menulis dengan baik sedangkan saya merupakan seorang guru bahasa Melayu. Saya mendapat pendidikan daripada Universiti Malaya dalam pengkhususan Pengajian Melayu. Setelah menamatkan pengajian saya di Universiti Malaya saya telah mengikuti Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah di IPG Kampus Bahasa Melayu. Oleh itu azam saya ialah saya akan mula menulis menggunakan bahasa yang betul. Walaupun agak sukar tetapi saya percaya lama kelamaan akan membantu meningkatkan penguasaan bahasa saya ke arah yang lebih baik. In Sha Allah. DOAKAN SAYA AGAR MAMPU MENERUSKAN AZAM SAYA INI...

Sunday, December 8, 2013

FAMILY DAY 2013

ASSALAMUALAIKUM
Kelmarin I ada cerita pasal family day keluarganya Mr Rizal kat PD... so... ada bermacam- macam aktiviti.. hari pertama petang... just lepaking dan mandi manda kat kolam hotel... I tak join sebab I malas nak basah2.. walaupun biras dan adik ipar I beria ajak... Terpaksalah Mr Rizal menemani anaknya di kolam...  tak de gambar tentang tu...

Malamnya pulak ada BBQ kat bawah... 4 apartmen kt bawah tu family kami ajer.... syok gak tau... sambil gathering sambil BBQ. Sambil Chatting... sambil tu buying kikikiki...best tak pantun I ada ing kat hujung,.. hantam sajerlah... beli apa?... apa lagi mak tam dah bukak  booth tupperware ...ha.... hambik ko....rupanya bukan I sorang peminat tupperware ni... ghamai... Mr Rizal.... tak dapek nak marah sebab I share with mak long johor.. all the long... membeli okey... citer malam ni pon tak de gambar... I malu nak bukak hp gedabak ni... I tahu hp cikai ni tak le mahal mana banding ngan org.. tapi I ttp malu... so tak de gambar... tak pelah...

Hari kedua kami pi pantai yang berdekatan untuk sukaneka... masa ni my biras.. my mertua. My ipar... tak de... semua dah balik... frustrated jugak la... tapi apakan daya... nampaknya semua aktiviti sukan ni I and Mr Rizal ajerlah yang akan join... nak buat macam mana... lepasmu... mu...lagi... lepas tu mu lagi... buek yolah....


Yang ni acara pakaian beragam guna kertas surat khabar....


Yang ni pulak pak chek tgh mengacarakan sukaneka 

 Dua gambar atas dan bawah ni tentang pakaian beragam ni lagi.. yang atas ni Mr Rizal junior punya pakaian .... dapar nombor last sekali... sedey.... tapi tak pelah at least mencuba....

Yang bawah ni acara rebut gula2.. masa ni I betul2 mengakui... bahawa Rauf tak kuat berlari... walau bagaimanapon dia masih dapat rebut gula2 itu..
 Sweatnya gambar kat bawah ni kan.... 

 Induk putih sedang menulis tentang teka kacang... jawapan sebenar 119... sape yang menang I tak ingat dah.... yang ni pon I kalah... huhuhuhu sedey..,

Secara keseluruhannya family mertua I yang diwakili oleh keluarga kecil kami dapat tempat ke 8... maksudnya ada lagi yang lemah la..., tak pe... tahu depan kita coba lagi....

Pemenang acara sukaneka tahun ni... keluarga induk puteh yg dinobatkan sebagai johan kali kedua, kedua keluarga induk milah dan ketiga keluarga pak chek...

Oklah semua.... chow...
Assalamualaikum

Friday, December 6, 2013

family day at corus paradise

Assalamualaikum
hari I and my family kt sini u.... kt corus paradise.... family day keluarga bapaknya rijal... dah tiga tahun kami join family day ni... sebab rasanya aktiviti ni bagus untuk mengeratkan hubungan keluarga... tapi biasalah ahkak yg kureng betul ni... klu berjln dgn bapaknya rijal mesti nk marah... ada jekkkk tak kena... aduhai hati... sabarlah... geram tentang mcm2 hal... adusss
I terawal smpi kot sbb yg manage aktiviti ni tak sampi lg... so lepaking ajerlah... si bujang I plak tak sabar nk terjun kolam.... tp kt tentatif program tu kt check in kul 12... I confuse gak... bukan ke selalunya check in pkl 2 atau ... tu yg buatkan bapaknya rijal.... tak sabor nk gerak... kan akak dh kata.... lmbt... ha... tak percaya..

Lapor la plak perut I ni berbunyi dari td.... I ada buat pulut dgn sambal td... tp kt dlm kete... klu dh check in blh l ngap.... mcm sedap je.. uweeek... geli plak sebut ayat tu.. teringat video budak perempuan yg jln dgn pak we dia tu... getam pon ada sian dgn mak pak diakan...
n3 I ari ni merapu meraban sikit sebab tgh bosan tahap gaban kt sini dgn perut lapo... bapaknya rijal tu dh hilang dah... ni yg mls ni...
oklah... I blah dulu na....

Assalamualaikum. ?.

Wednesday, November 27, 2013

Rancangan Program Minggu Transisi

ASSALAMUALAIKUM

Semalam buat rancangan untuk minggu transisi...
yiiihaaaaa bersama Rozita MZ... Yusnita Hussien.. Nazmawati and Zarina Uzali...




















Saturday, November 23, 2013

Esok Mak Nak Datang

Assalamualaikum...
Hari yang tenang dan damai kerana tak perlu tergesa-gesa nak ke sekolah... walaupun kerjaku masih belum selesai tetapi benarkan aku bercoti...
esok mak nak datang yeeyyyyy... 
Nak letak gambo... tak jumpa lak.. tak pelah lenkali aje.. ek..
Mak nak tgk kak teh ... kak teh tgh menunggu hari nak bersalin syukur ya Allah atas kurniaan Mu pd adikku...
Aku plak? bila? entahlah... aku redha atas segala ketentuannya.... 
Ok... Chow Cincau.... bye....

Tuesday, November 19, 2013

Jom pi Ipoh...

Assalamualaikum

Hari ni nak pi Ipoh hantar adik ipar merangkap kawan baik masa sekolah dahulu....
Jom pi Ipoh....
Chaow....

Monday, November 18, 2013

Mengapa????

Assalamualaikum

Pada 16 Nov yang lalu Sek Kebangsaan Bukit Kemuning 2 telah mengadakan hari Anugerah Kecemerlangan. Alhamdulillah segala puji pagi ALLAH yang telah memberi segala nikmat dan rahmat kepada saya sebagai hambanya yang lemah. Salah seorang murid netball kesayangan saya telah mendapat Tokoh Murid untuk sesi 2013.. Alhamdulillah terima kasih pada yang telah memberi kepercayaan dan sokongan ini. Elis awak memang layak anugerah ini....

Namun pada masa yang sama ada seorang ibubapa penjaga telah berjumpa dengan guru besar dan menyatakan bahawa anak ini tidak layak akan anugerah ini sebab tidak mempunyai rekod pelajaran yang cemerlang dan yang layak menggondol anugerah ini adalah anak beliau kerana anak dia juga telah menyertai coral speaking hingga peringkat daerah Klang..  
Maaf ye.. tuan/puan murid ini bukan sahaja telah berjaya mengekalkan kecemerlangan dalam pelajaran malahan kokurikulum...  saya akan senaraikan mengapakah anak ini layak mendapat tokoh murid.
1. Peperiksaan pertengahan tahun 5A
2. Percubaan 4A 1B
3. UPSR 5A
* Elis tidak pernah dapat 3A walaupun kebanyakkan masanya adalah di padang.

Kokurikulum
1. Pen Pengawas Pusat Sumber dan telah dianugerahi sijil pengawas perpustakaan yang cemerlang
2. Setiausaha TKRS dan berpangklat koperal. ( Untuk mendapat pangkat ini Elis perlu mengikuti kursus )
3. Setiausaha bola jaring
4. Kejayaan Elis dalam bola jaring tidak dapat disangkal lagi.. sijil yang beliau terima merupakan yang tertinggi iaitu Johan International ( Netball Penang USM 2013)
* Johan MSSD Klang ( Mendapat Penghadang Terbaik)
* Johan MSSS
* Naib Johan MSSM
* Johan Open MBPJ 2013
* Johan Penang International Netball
( Elis juga telah mengikuti beberapa program yang lain.. rasanya cukuplah saya nyatakan yang ini dahulu)
Alangkah sedihnya hati saya apabila pada peringkat awal nama Elis tidak di calonkan dalam mana-mana kategori anugerah atas alasan dia mendapat 4A 1B.
Kawan-kawan kebanyakkan masa Elis adalah di padang dan membantu sekolah menaikkan nama sekolah dan pada masa yang sama dia juga berusaha mengekalkan kecemerlangan dalam pelajaran. Bayangkanlah selama 2 bulan dia di padang.. 4A 1B masih lagi cemerlang. 
Bapanya tidak membenarkan dia mengikuti aktiviti ini kerana alasan UPSR.. tetapi saya telah berjumpa beberapa kali dengan ayahnya dan meminta kebenaran untuk dia mengikuti latihan. Saya dan beberapa rakan guru telah berjumpa dan mempertahankan nama Elis..
sedangkan anak tadi ibu bapa tadi tidak perlu bersusah seperti Elis dia hanya masuk sehingga ke peringkat daerah sahaja.. seterusnya dia belajar.. saya tidak nafikan anaknya cemerlang dalam akademik tetapi bagi saya masih lagi tidak mampu menandingi ELIS yang mampu melaksanakan dua kerja serentak...
Sekian.... Luahan rasa seorang guru....