Tuesday, December 10, 2013

Bahasa Jiwa Bangsa

Assalamualaikum...
Sebelum yang meneruskan coretan tentang tajuk di atas ingin saya menyatakan di sini bahawasanya saya akan mula menulis menggunakan bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Saya sangat terkesan dengan gaya penulisan saudara Khairul Abdullah yang menggunakan bahasa Melayu dengan baik walaupun pada ketika ini beliau berada di German. Saya berasa sangat malu dengan diri sendiri apabila gagal menulis dengan baik sedangkan saya merupakan seorang guru bahasa Melayu. Saya mendapat pendidikan daripada Universiti Malaya dalam pengkhususan Pengajian Melayu. Setelah menamatkan pengajian saya di Universiti Malaya saya telah mengikuti Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah di IPG Kampus Bahasa Melayu. Oleh itu azam saya ialah saya akan mula menulis menggunakan bahasa yang betul. Walaupun agak sukar tetapi saya percaya lama kelamaan akan membantu meningkatkan penguasaan bahasa saya ke arah yang lebih baik. In Sha Allah. DOAKAN SAYA AGAR MAMPU MENERUSKAN AZAM SAYA INI...

No comments:

Post a Comment