Sunday, March 7, 2010
Menunggu Hari...
Jumaat lepas aku dan seorang rakan baik telah pergi ke J***. Aku sebenarnya dah malas bertekak dengan dengan kerani di situ. Aku juga rasa berat hati nak ikut kawan aku ke situ...Tapi entah kenapa kaki,tangan dan otak aku memaksa aku mengikut dirinya... Aku dah mula mencipta beberapa alasan untuk tidak mahu mengikut dia.. Namun kuasa tuhan mengatasi segalanya. Aku pun mengikut dia dan suaminya. Aku menjadi penunjuk arah ke tempat yang dituju. Sampai di sana seperti yang aku jangka kerani di bahagian hadapan tidak membenarkan kami masuk untuk berjumpa dengan pegawai yang berkenaan. Aku dah nekad tak mahu bertekak so aku tak bertekaklah.. Rakan baikku bertekak dan akhirnya kerani berkenaan membenarkan kami berjumpa dengan pegawai tersebut. Aku dan rakan bercerita tentang masalah yang kami hadapi. Akhirnya tanpa disangka aku dapat berita gembira, manakala rakanku pula perlu menunggu beberapa hari barulah dapat kepastian.. Aku amat berterima kasih dengan kawan baikku.. NORLAIZAI... tanpanya mungkin aku akan menderita untuk tahun.. Terima kasih.. atas segalanya.. ditempat baru mungkinkah aku menemui insan sebaik dirimu.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment