Saturday, April 10, 2010

Batuk Lagi


Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku, sihatkanlah pendengaranku dan sihatkanlah penglihatanku...
Dah dua minggu batuk nih berlarutan... minggu lepas dah kena RM73 , minggu ni kene lagi RM75... tidur malam dah terganggu.. nak ambil MC rasanya tak mungkin.... aku sendiri yang tak nak.. sebab banyak lagi hal lain yang perlu aku settlekan...
Doktor dah tukar ubat dan bagi aku ubat alahan yang boleh menyebabkan mengantuk yang melampau.. tu yang paling malas.... bila makan 1/2 jam kemudian aku dah mula pening dan badan terhuyung-hayang... DISEBABKAN AKU MAKAN UBAT TU AKU LAMBAT BANGUN DAN LAMBAT KE SEKOLAH HARI NI... HARI NIH ADA LADAP KAT SEKOLAH AKU SAMPAI SEKOLAH PUKUL 8.15 LEWAT 15 MINIT.. GURU BESAR DAH SOUND.. KALAU MULA PUKUL 8.00 KENALAH DATANG PUKUL 8.00, SEMUA INI MELAMBANGKAN INTEGRITI... nasib baiklah ada ramai guru lain yang datang lewat sama-sama dengan aku tak delah aku nak rasa macam nih.....


tengoklah kat atas tu gambar ubat.... mengerikan pandangan mata aku..... TOLONGGGGGGGGGGGGGG...............................................

Saturday, April 3, 2010

Kereta Iswara berwajah Baru

Hari ni kete iswara kesayanganku bertukar kulit.... Aku telah membalut kusyenku dengan sarung kulit yang boleh membantu diriku membersihkannya dengan mudah. Kereta iswara ni dah lama aku pakai sejak dari tahun 2003 dan sekarang tahun 2010. Cukup lamalah bagi aku... Nampaknya keadaan ekonomi keluargaku menghalang aku untuk menukar ataupun menambah yang lain... Kereta ni tak banyak masalah.. aku servis bila cukup masa, cuma aku kurang ambil berat pada beberapa hal sampingan. .. Kereta aku ni dah banyak berjasa bukan sahaja pada diriku malahan pada Reliable Bazaar Sdn Bhd.. Hinggakan ada yang mengatakan dan menyamakan kete aku dengan TRELLER ataupun KARGO..hmmm skrg sampai masanya aku membelai dirinya, menjaga keanggunannya, takkan ku biar kau wahai iswaraku tercemar dengan menanggung perkara-perkara yang diluar kemampuanmu.. Takkanku korban dirimu... ceh wah... Tapi memang aku dah nekad yang aku akan menggunakan kereta iswara ini.. aku takkan menukarnya dengan yang lain.. kenapa aku behitu emosi tentang kete ini.. entahla...kerana dialah peneman aku darii dulu sehingga sekarang ketika susah ataupun senang.... biar kereta lain laju meninggalkannya..kerna aku tetap akan sampai jua dengan iswaraku....

Friday, April 2, 2010

Rauf dah ada TOK GURU

Hari ini buat pertama kali aku merayu pada abang long ataupun merangkap abah rauf untuk ajar dia mengaji.. Abang Long kata dia kecik lagi.. nanti susah nak ajar... tak duduk diam. Tanpa rasa putus asa aku merayu lagi dan kata kalau nak caj mahal sebab dia kecil pun tak mengapa... tapi ajarlah dia... Akhirnya abang long setuju ajar rauf mengaji... Hari ini buat pertama kalinya rauf mengaji... Hati aku rasa gembira... riang mendengar anak mula mengaji... Harapan aku agar rauf cenderung dalam bidang agama...