Saturday, April 3, 2010
Kereta Iswara berwajah Baru
Hari ni kete iswara kesayanganku bertukar kulit.... Aku telah membalut kusyenku dengan sarung kulit yang boleh membantu diriku membersihkannya dengan mudah. Kereta iswara ni dah lama aku pakai sejak dari tahun 2003 dan sekarang tahun 2010. Cukup lamalah bagi aku... Nampaknya keadaan ekonomi keluargaku menghalang aku untuk menukar ataupun menambah yang lain... Kereta ni tak banyak masalah.. aku servis bila cukup masa, cuma aku kurang ambil berat pada beberapa hal sampingan. .. Kereta aku ni dah banyak berjasa bukan sahaja pada diriku malahan pada Reliable Bazaar Sdn Bhd.. Hinggakan ada yang mengatakan dan menyamakan kete aku dengan TRELLER ataupun KARGO..hmmm skrg sampai masanya aku membelai dirinya, menjaga keanggunannya, takkan ku biar kau wahai iswaraku tercemar dengan menanggung perkara-perkara yang diluar kemampuanmu.. Takkanku korban dirimu... ceh wah... Tapi memang aku dah nekad yang aku akan menggunakan kereta iswara ini.. aku takkan menukarnya dengan yang lain.. kenapa aku behitu emosi tentang kete ini.. entahla...kerana dialah peneman aku darii dulu sehingga sekarang ketika susah ataupun senang.... biar kereta lain laju meninggalkannya..kerna aku tetap akan sampai jua dengan iswaraku....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment