Sunday, April 29, 2012

Netball

Assalamualaikum.....

N3 yang lepas akak ada citer pasal gi beronggeng dengan kengkawan... best giler... rasa macam anak dara... sebab apa akak rasa enjoy sgt sebab lepas ni akak akan beri perhatian yang sangat berlebihan pada NETBALL.....

Entahlah..... akak pun tak tak tahu kenapa akak minat sangat dengan netball ni.. padahal akak bukanlah player yang berjaya pun... adalah main masa sekolah dulu2... itupun masa sekolah rendah... dah tak berapa ingat lagi...

Penglibatan akak dengan netball ini bermula pada tahun 2010... tapi akak tak terlibat secara langsung dengan sesi latihan... ada jugalah dengar citer.... tapi tak berapa kisah sangat.... entah macam mana akak di minta hantar team sebab tak cukup kete... akak on jer... tak kisah sangat... but tahu ajerlah... budak kurang latihan... so, apa lagi.... banyaklah kelemahan kat sana sini... ketara sangat...  Sian juga dengan cikgu netball masa tu.. ada jugalah dengar komplen pada pentadbiran.... tapi masa tu akak tak faham sangat... biarlah.... tetapi secara tak sedar akak telah menyematkan satu azam iaitu " aku tidak akan hantar team untuk dibelasah... aku rela tak hantar" ... So, habis lah citer untuk tahun tu....

Tahun 2011...
jeng..jeng... jeng...., keluar buku takwim... wah.... aku kat Persatuan Bahasa Melayu... apa cer.... tak bestnya.... akak bukannya minat sangat... dengan aktiviti ni.... mampus mati kutu... tapi akak kan budak baru belajar.. so terimalah seadanya....

entah macam mana melalui perbincangan tak rasmi dengan guru yag incharge netball Puan Norita Saat... Dia tanya sama ada akak nak tukar tak position tu... akak pun kata tak kisah.... Hhmm mula2 hajah tak bagi.. akak pun malas nak merayu... biarlah... tapi si Norita telah merayu dengan bersungguh-sungguh... mak aiii akhirnya kami bertukar jawatan... dan DENGAN TAK DI SANGKA AKU TELAH MEMEGANG JAWATAN KETUA BOLA JARING... HMMMM tak boleh tarik balik kata2... terlajak kereta boleh reverse...

Mendengar citer macam2 tentang dia membuatkan akak terlalu berhati-hati... takut salah tingkah... melalui cerita atas cerita akak dengar kehebatannya... melalui satu perbincangan kami telah merangka jadual latihan dan sebagainya.... dan akhirnya sesi latihan telah bermula.........

Akak tak beberapa kenal dia.. tapi akak ada dengar tentang penglibatannya dalam netball.. melalui sesi latihan yang pertama akak nampak kebolehan dan pengetahuannya dalam bidang ini memang amat hebat....  Akak pun follow ajer.... Banyak juga masalah rupanya... hampir bergaduh dengan dia... hampir dilagakan oleh orang lain.... tapi alhamdulillah....

Team yang kami bawa pada tahun ini mara ke peringkat kedua dan memberi saingan dengan pasukan yang lain. Akak lega sebab team ni bukanlah team belasahan.... walaupun tak mara ke peringkat seterusnya akak bangga sebab seorang murid kami iaitu Ezanin Mazlan berjaya menjadi player negeri selangor... terselit rasa gembira... pada masa tu akak dalam keadaan yang sgt keliru... sukar untuk akak ceritakan secara terbuka melalui blog ini... biarlah akak simpan sebagai ingatan diri sendiri....

Orang yang hebat dalam netball yang akak maksudkan ialah Puan Norul Aida... akak cuma membantu dan menyokong dari belakang sahaja... Tahniah... untuk kejayaan 2011... terima kasih kerana melatih pasukan ini...

Disebabkan banyak halangan pada thn 2011 akak rasa macam tak mahu jadi guru netball... tapi bila melihat kejayaan anak murid akak jadi serba salah.... entahlah.... akhirnya 2012 pun menjelma... seperti yang dah dijangka akak tetap memegang jawatan guru netball lagi... tak tahu nak gambarkan macam mana... suka ada risau pun ada juga.....

HMMMM sambung esok ajerlah kan... baru best sikit... Chow cincau.................. AKAK GEBUZZZZZZZZZ.................

NORFAZILAH ISHAK

No comments:

Post a Comment