Tuesday, May 1, 2012

Netball part 2

Assalamualaikum....

Semalam akak ada taip N3.. tapi masa tgh taip tu ada tetamu datang.... si Rauf memang pantang akak bangun dari kerusi dia take turn and cancel semua yang akak dah taip... bengang gaklah.... yelah... walaupun N3 biasa tapi nak memikirkan semula... menyusun semula cerita bukannya mudah.....  Tapi akak tak sempat nak marah sebab tergesa-gesa nak gi MGS.... malam pulak nak balik kg... petang pula si Aliya Maryam nak balik... agak haru biru...

So... netball 2012...

Akak and the gang mulakan program agak lewat.... Tahun ni disebabkan telah wujudnya program satu sukan satu murid... ataupun 1 murid satu sukan telah menyebabkan ada 7 oranng guru netball.. ramai tu... dalam hati akak dah berbisik.. ni nanti susahlah..... tapi kena teruskan juga.. think positive... akak pun merangkalah jadual.... akak pasti ada beberapa perkara yang mungkin tak ngam dengan orang... akak mengharapkan adanya perbincangan... so, teruskan juga dan dah dapat persetujuan dari guru besar... jadual dan pelbagai diedarkan pada semua guru netball... nampak semua org selamba ajer... macam tak ada masalah... hmmm ok kot... tak ada pulak yang datang nak mengomplen.... semua nampak ok jer...

Pada hari ke berapa latihan... tak berapa nak ingat... Zaili SU sukan sekolah datang membawa komplen dari guru netball.. dia kata semua guru netball tak puas hati dengan jadual yang ko buat... aku belum ckp dengan hajah lagi.... Hangit hati akak ni..... ko nak ugut aku dengan hajah ke??? sori le.... aku ni bukan kaki kipas... kaki ckp belakang... ha ko nak lawan... lawan skrg...

Akak ckp terus terangla... akak mmg tggu guru netball dtang dan berbincang tapi sorang pun tak datang... tapi depa mengunakan SU sukan untuk dtg berckp dengan akak...  haaaa memang naik angin la... alasannya tak nak cari gaduh.... HANYA DENGAN CARA INI KAMU MEMANG CARI GADUH DENGAN SAYA...

Setelah akak siasat akak jumpa org yang menghasut... setelah disiasat lagi.. dia memang dah buat cara mcm ni dengan dua tiga orang.. ha hambik ko... memang org dah kenal perangai ko... org dah bercakap tentang sikap ko yang suka mengelat buat keje.... aku ajer yang tak tahu... hmmm.... maaflah org macam ni akak pandang sebelah mata jer....

Hal ni buatkan akak berpikir.... mcm mana nak buat.... tapi akhirnya akak teruskan juga.... akak tak tukar apa-apa.. sebab bagi akak selagi tak ada org dtg kat akak mengadu masalahnya dan berbincang akak tak kan buat apa-apa.. sebab semua aktiviti ni dah dipersetujui oleh guru besar... hanya sorang yang datang iaitu NORITA SAAT.. dia datang berbincang dan menyatakan masalahnya.. so,, adalah sesi tolak ansur di situ.... thanks ita..

Banyak gak masalah yang berlaku sepanjang sesi latihan kali ni... tapi akhirnya semua selesai... dan SKBK2 mendapat JOHAN untuk seluruh KLANG ... dari 48 buah sekolah kami Juara... bangga tu...
HMMM memang tak sangka.... rasanya segalapenat lelah dan pengorbanan berbalas akhirnya.....

UCAPAN KHAS TERIMA KASIH PADA NURUL AIDA SELAKU COACH PASUKAN YANG MERANGKA SESI LATIHAN.... CIK NOR NADIRAH YANG BANYAK MEMBANTU...  BEGITU JUGA FARHANA AJDA ... JASA BAIK KORANG AKAN SENTIASA TERSEMAT DALAM HATI SAYA.... TIDAK LUPA JUGA GURU NETBALL YANG LAIN IAITU MARLINA SALEH, NORITA SAAT  DAN NORAINI MOHD YUSOF... THANKS ATAS SEGALANYA...

No comments:

Post a Comment