Monday, June 15, 2009

Minggu yang sukar

Assalamualaikum
Minggu ni merupakan minggu yang paling kelam kabut dan stress. Sebab yang pertama abah sakit, walaupun dia dah keluar wad tapi dia masih rasa tak sihat, muntah-muntah dan tak boleh makan. makan sikit muntah dan asyik ke klinik aje. Hari Ahad yang lepas kesian kat abg long yang terpaksa turun naik Port Dickson sebayak 4 kali untuk ubatkan abah. lepas tu dia kena balik Shah Alam sebab esok semua dah kerja. Saya sahaja yang masih ada seminggu cuti. Saya kena tunggu sebab nak ulang alik ke hospital dan klinik hanya saya yang boleh memandu kereta. Hari ini sahaja dah 4 kali juga saya jadi penunggu setia klinik. Doktor kata gastrik, ubat dah macam-macam yang doktor bagi tapi tak ada yang sesuai. Abah asyik sakit aje, perut dia sakit katanya. tak tentu arah macam orang yang nak bersalin. Petang tadi pergi klinik yang lain pulak, klinik Dr Ismail, abah ceritakan semua sejarah sakit dia dari dulu dan sehinggalah yang akhir sekali tengahari. Akhirnya dia makan ubat yang dr Ismail bagi dan nampak macam kurang sikit. Saya harap agar terus berkurangan.
Sebab yang kedua masalah yang berlaku di Akmil dan kakitangan Reliable Bazaar.. yang ni saya tak tahu nak cerita macam mana.. Kedua-dua masalah ni buat aku sakit kepala. Saya mimpi yang saya perlu buat kedua-dua serentak. Pergi mesyuarat dan sambil tu layan abah yang tak sihat. Saya mimpi saya bawa abah dan sambil tu sertai mesyuarat. Emm akhirnya saya pun pening kepala. Entah la...

Minggu yang sukar

A

Friday, June 12, 2009

Abah masuk wad

Assalamualaikum
malam rabu saya dapat panggilan telefon dari adik saya Kak Teh, dia inform saya yang abah sakit habis satu badan bengkak dan tak tahu punca. Abah minta saya balik untuk uruskan hal-hal di kampung. Dalam keadaan terpisat-pisat saya bangun dan kejutkan suami. Saya bincang dengan dia akhirnya saya balik kg pada pukul 2.45pagi. Apabila dah nak sampai kampung kak teh call dan beritahu yang abah dah masuk wad dan minta saya balik kg terus dan tak perlu singgah hospital. Sampai rumah mak dan adik-adik yang ada kat kg tengah sedih sebab nampak keadaan abah yang agak kritikal seperti orang tak boleh bernafas.
Esok pada pagi khamis along, kak lang dan kak chik pergi ke hospital Tampin untuk melihat keadaan abah. Doktor beritahu yang badan abah dipenuhi ai r dan hampir masuk ke jantung. So, abah kena makan ubat yang buatkan dia kencing. Tengahari tu along dan yang lain balik, saya, mak, kak teh dan kak tam serta Rauf aka yot yot pergi ke Hospital. Bila sampai hospital saya rasa lega kerana bengkak dah nampak susut dan abah dah boleh bernafas seperti biasa. Alhamdulillah, syukur pada ALLAH. Abah minta saya tunggu kat kg untuk bantu dia dan adik-adik yang masih ada kat kg sbb yang lain perlu pulang dan bekerja. Saya tengah cuti selama tiga minggu. Lepas ni PRAKTIKUM di Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2.
Sepatutnya saya kena pergi IPGM KBM dan taska akmil di Puchong tapi dua-dua tempat ni tak boleh pergi. Minta maaf pada semua yang telah membuat janji dengan saya terutamanya kak ita. Saya berjanji dengan kak Ita untuk jumpa dengan pensyarah pembimbing iaitu En Bai untuk mengenalkan diri sebagai guru pelatih di bawah seliaannya. dan juga pergi berjumpa dengan Cik Midah untuk tunjuk kerja KKBI dan dapatkan tandatangan beliau.
Saya juga berjanji untuk pergi ke Taska Akmil yang terletak di Bandar Kinrara Puchong bertemu dengan guru-guru di sana. Maaf en Hazrin saya tidak dapat menunaikan permintaan. Insyaallah bila dah settle nanti saya akan usaha sedaya upaya berjumpa dengan semua orang yang en Hazrin minta...
Sekian

Thursday, June 11, 2009

Salam Perkenalan

13/6/2009 ( Jumaat )
Assalamualaikum
Salam perkenalan pada semua...
Ini merupakan kali pertama saya menulis dan merupakan blog pertama yang saya buat..
Saya berminat untuk membuat blog ini setelah melihat rakan-rakan lain di IPGM KBM mempunyai blog sendiri. Setelah saya membaca blog kak ita dan kak jem, saya rasa terigin untuk share apa2 perkara dalam blog, Mungkin juga luahan hati atau apa sahaja. Share rasa gembira, sedih, marah atau apa sahaja.
Saya sedang mengikuti KPLI di IPGM KBM lembah Pantai untuk sesi 2009. Saya rasa amat bersyukur kerana saya telah mohon untuk mengikuti KPLI sejak tahun 2001. Hanya tahun ini saya perolehi peluang itu. Saya tidak akan sia-siakan peluang ini. Namun pada masa yang sama saya masih diminta untuk membantu taski dan taska. Jika sebelum ini saya tidak begitu kisah jika tidak dapat KPLI tapi pada tahun 2008 apabila sesi ujian bertulis dan temuduga saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menempatkan diri dalam sektor kerajaan.
Sebelum ini saya menjadi pengetua ataupun pengurus taska dan taski di sekitar Petaling Jaya. Banyak pengalaman yang saya perolehi dari situ, pengalaman berhadapan dengan ibubapa, pelajar dan orang ramai. Gaji yang diperolehi juga amat memuaskan hati diikuti dengan claim-claim perjalanan. Namun begitu, banyak lagi faktor lain yang menyebabkan saya perlu berhijrah terutama setelah anak saya yang berusia 2 tahun 7 bulan banyak mengalami masalah kesihatan dan perlu berulang alik hospital. Mak dan abah juga sering berulang ke hospital dan memerlukan belanja yang besar. Mengenangkan itu saya rasa jika berkhidmat dengan kerajaan sekurang-kurangnya belanja perubatan untuk semua tidaklah begitu besar. sebagai contoh, mak saya yang menjalani pembedahan lutut kos yang perlu disediakan ialah 10 ribu untuk sebelah kaki. Alhamdulillah pada masa itu, doktor yang merawat mak ialah doktor Talib sepupu mak, Oleh itu doktor talib telah membantu keluarga kami dalam hal ini. Terima kasih Doktor Talib dan kakitangan Hospital Melaka.
Sebenarnya saya tidak begitu selesa untuk berkhidmat dengan taski dan taska lagi, tapi elaun yang di terima tidak cukup untuk membantu suami, tambahan pula kami duduk agak jauh dari IPGM KBM dan belanja agak besar. Oleh itu, aku terpaksa menerima tawaran dari pihak majikan lama untuk membantu mereka. Tambahan pula mereka masih perlukan khidmat saya ( Itu majikan lama cakaplah). Saya tidak mampu membahagikan masa antara belajar, keluarga, dan kerja. Saya tidak dapat menumpukan perhatian dan hal ini menyebabkan saya tertekan. Hari ini En Hazrin call dan kami berbincang beberapa hal tentang taski dan taska, hal-hal berkaitan dengan pekerja taska Akmil, penyelia-penyelia dan lain-lain. Saya seperti tidak mampu mendengar lagi. Semua orang yang ada di sana saya sayang dan saya amat berharap agar semua orang dapat menjalankan tugas dengan baik. Tapi masalahnya banyak masalah yang saya dengar sehingga saya berfikir adakah ini semua salah saya dan adakah semasa saya bertugas dahulu saya tidak menjalankan amanah yang diberi dengan baik sehingga sekarang apabila saya tidak ada semua mengambil kesempatan dan hanya memikirkan diri sendiri sahaja. Entahlah...
Saya rasa cukuplah sampai disini dahulu. Jumpa lagi...