Thursday, June 11, 2009

Salam Perkenalan

13/6/2009 ( Jumaat )
Assalamualaikum
Salam perkenalan pada semua...
Ini merupakan kali pertama saya menulis dan merupakan blog pertama yang saya buat..
Saya berminat untuk membuat blog ini setelah melihat rakan-rakan lain di IPGM KBM mempunyai blog sendiri. Setelah saya membaca blog kak ita dan kak jem, saya rasa terigin untuk share apa2 perkara dalam blog, Mungkin juga luahan hati atau apa sahaja. Share rasa gembira, sedih, marah atau apa sahaja.
Saya sedang mengikuti KPLI di IPGM KBM lembah Pantai untuk sesi 2009. Saya rasa amat bersyukur kerana saya telah mohon untuk mengikuti KPLI sejak tahun 2001. Hanya tahun ini saya perolehi peluang itu. Saya tidak akan sia-siakan peluang ini. Namun pada masa yang sama saya masih diminta untuk membantu taski dan taska. Jika sebelum ini saya tidak begitu kisah jika tidak dapat KPLI tapi pada tahun 2008 apabila sesi ujian bertulis dan temuduga saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menempatkan diri dalam sektor kerajaan.
Sebelum ini saya menjadi pengetua ataupun pengurus taska dan taski di sekitar Petaling Jaya. Banyak pengalaman yang saya perolehi dari situ, pengalaman berhadapan dengan ibubapa, pelajar dan orang ramai. Gaji yang diperolehi juga amat memuaskan hati diikuti dengan claim-claim perjalanan. Namun begitu, banyak lagi faktor lain yang menyebabkan saya perlu berhijrah terutama setelah anak saya yang berusia 2 tahun 7 bulan banyak mengalami masalah kesihatan dan perlu berulang alik hospital. Mak dan abah juga sering berulang ke hospital dan memerlukan belanja yang besar. Mengenangkan itu saya rasa jika berkhidmat dengan kerajaan sekurang-kurangnya belanja perubatan untuk semua tidaklah begitu besar. sebagai contoh, mak saya yang menjalani pembedahan lutut kos yang perlu disediakan ialah 10 ribu untuk sebelah kaki. Alhamdulillah pada masa itu, doktor yang merawat mak ialah doktor Talib sepupu mak, Oleh itu doktor talib telah membantu keluarga kami dalam hal ini. Terima kasih Doktor Talib dan kakitangan Hospital Melaka.
Sebenarnya saya tidak begitu selesa untuk berkhidmat dengan taski dan taska lagi, tapi elaun yang di terima tidak cukup untuk membantu suami, tambahan pula kami duduk agak jauh dari IPGM KBM dan belanja agak besar. Oleh itu, aku terpaksa menerima tawaran dari pihak majikan lama untuk membantu mereka. Tambahan pula mereka masih perlukan khidmat saya ( Itu majikan lama cakaplah). Saya tidak mampu membahagikan masa antara belajar, keluarga, dan kerja. Saya tidak dapat menumpukan perhatian dan hal ini menyebabkan saya tertekan. Hari ini En Hazrin call dan kami berbincang beberapa hal tentang taski dan taska, hal-hal berkaitan dengan pekerja taska Akmil, penyelia-penyelia dan lain-lain. Saya seperti tidak mampu mendengar lagi. Semua orang yang ada di sana saya sayang dan saya amat berharap agar semua orang dapat menjalankan tugas dengan baik. Tapi masalahnya banyak masalah yang saya dengar sehingga saya berfikir adakah ini semua salah saya dan adakah semasa saya bertugas dahulu saya tidak menjalankan amanah yang diberi dengan baik sehingga sekarang apabila saya tidak ada semua mengambil kesempatan dan hanya memikirkan diri sendiri sahaja. Entahlah...
Saya rasa cukuplah sampai disini dahulu. Jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment