Hari pertama aku menjejakkan kaki kat SKBK2 ni.. perasaan agak tertekan dan seperti tidak dapat menerima budaya kerja yang agak berbeza dengan SKBSD1.. Tambahan pula aku mengajar sesi petang.. Masyaallah dua bulan asyik sakit ajer. Batuk, demam, selsema dan sebagainya... Masa datang ke sekolah asyik terlewat.. emm bukan lewat sangatlah.. kelas masuk 12.30 aku sampai 12.15... aku tak suka sampai dalam masa yang macam tuh.. bagi aku lewatlah tu.. aku suka berada di sekolah sekurang-kurangnya 1/3 jam dari masa yang ditetapkan.. Masa di SKBSD1 aku sampai sekolah selalunya 7.00 atau sebelum kul 7.00... sebelum nih pun masa kerja swasta aku awal sampai tmpt keje.. tapi balik aku nak cepat sikit.. tak delah nak duduk-duduk..
Puas aku cuba setkan masa supaya aku samapi dalam kul 11.00 pagi atau kul 11.45.. punyalah lama nak ambil masa.. akhirnya sekarang aku antara yang terawal sampai.. tapi jarang dapat nombor satu.. Dapat nombor 3 atau 4. maksudnya ada beberapa guru senior yang lebih efisyen menguruskan masa mereka dan seluruh hidupnya pada sekolah.. bagus betul.. dan aku tabik pada mereka.. pemerhatian mereka pada murid juga baik.. tidak lalai.. tahniah Rozita Mohd Nadzir.
Semakin lama aku dapat meraasakan betapa akrabnya hubungan guru sesi petang.. tak kiralah senior ataupun yang junior. Mereka seperti kakak yang sentiasa mengingatkan adik-adik tentang apa-apa sahaja.. berbual kisah keluarga atau sekolah seperti kami ini bukan orang baru. Senyuman tidak pernah lekang dari bibir.. Usik mengusik, berjenaka hinggakan aku rasa hilang stress di kepala.. dengan kerenah murid yang mengusutkan kepala.. Yelah awal-awal dulu kita tak kenal lagi.. tambahan pula aku dah mula memahami budaya kerja mereka.. so, aku pastikan yang aku mengembil tahu semua hal ehwal semasa di sekolah supaya aku tak ketinggalan dan menyibuk diri dengan guru-guru panitia supaya aku tahu kerja aku.. membaca papan kenyataan di bilik guru setiap hari untuk mendapat maklumat.. Aku juga pastikan yang aku tak mengusik apa-apa barang tanpa pengetahuan guru penyelia petang... pastikan semua tempat yang aku masuk dan gunakan bersih.. walau sebelum nih tak bersih... sehinggakan kak rosyidahh kata aku nih rajin sangat.. bukan apa aku cuma tak suka nanti jadi hal lain..
Aku rasa kagum dengan kak salawati.. baru2 nih ada guru baru yang gantikan tempat dia , tapi aku tak surelah guru baru mengajar apa... tapi cara dia hand over kerja memang bagus.. dia terangkan satu persatu, sentiasa mengingatkan guru baru tersebut ... wah.. kalau aku mesti seronok ada org guide aku macam tu.. dengan rela hati, tanpa paksaan aku akan membantu dia.. kelaspun aku sanggup gantikan...
Kak Rosyidah, kak rozita, kak yusnita baiknya hati mereka.. sentiasa mengajar aku cara mengendalikan kelas murid yang nakal.. dan cara untuk mengajar bahasa melayu dengan berkesan..bahan-bahan pun tak lokek juga.. begitu juga dengan Noraini.. wah.. aku suka cara dia menegur dan menasihati guru-guru baru.. sentiasa lembut tetapi nadanya tegas...
Yelah agak berbeza dengan SKBSD1 tetapi tetap ada penariknya.. thanks saya rasa gembira dan mula menikmati keseronokan bekerja.. Insayaallah.. segala kelemahan diri akan saya perbaiki untuk menjadi seorang guru yang baik.. terima kasih semua.. rakan-rakan baru dan lama...
No comments:
Post a Comment