Hari pertama aku menjejakkan kaki kat SKBK2 ni.. perasaan agak tertekan dan seperti tidak dapat menerima budaya kerja yang agak berbeza dengan SKBSD1.. Tambahan pula aku mengajar sesi petang.. Masyaallah dua bulan asyik sakit ajer. Batuk, demam, selsema dan sebagainya... Masa datang ke sekolah asyik terlewat.. emm bukan lewat sangatlah.. kelas masuk 12.30 aku sampai 12.15... aku tak suka sampai dalam masa yang macam tuh.. bagi aku lewatlah tu.. aku suka berada di sekolah sekurang-kurangnya 1/3 jam dari masa yang ditetapkan.. Masa di SKBSD1 aku sampai sekolah selalunya 7.00 atau sebelum kul 7.00... sebelum nih pun masa kerja swasta aku awal sampai tmpt keje.. tapi balik aku nak cepat sikit.. tak delah nak duduk-duduk..
Puas aku cuba setkan masa supaya aku samapi dalam kul 11.00 pagi atau kul 11.45.. punyalah lama nak ambil masa.. akhirnya sekarang aku antara yang terawal sampai.. tapi jarang dapat nombor satu.. Dapat nombor 3 atau 4. maksudnya ada beberapa guru senior yang lebih efisyen menguruskan masa mereka dan seluruh hidupnya pada sekolah.. bagus betul.. dan aku tabik pada mereka.. pemerhatian mereka pada murid juga baik.. tidak lalai.. tahniah Rozita Mohd Nadzir.
Semakin lama aku dapat meraasakan betapa akrabnya hubungan guru sesi petang.. tak kiralah senior ataupun yang junior. Mereka seperti kakak yang sentiasa mengingatkan adik-adik tentang apa-apa sahaja.. berbual kisah keluarga atau sekolah seperti kami ini bukan orang baru. Senyuman tidak pernah lekang dari bibir.. Usik mengusik, berjenaka hinggakan aku rasa hilang stress di kepala.. dengan kerenah murid yang mengusutkan kepala.. Yelah awal-awal dulu kita tak kenal lagi.. tambahan pula aku dah mula memahami budaya kerja mereka.. so, aku pastikan yang aku mengembil tahu semua hal ehwal semasa di sekolah supaya aku tak ketinggalan dan menyibuk diri dengan guru-guru panitia supaya aku tahu kerja aku.. membaca papan kenyataan di bilik guru setiap hari untuk mendapat maklumat.. Aku juga pastikan yang aku tak mengusik apa-apa barang tanpa pengetahuan guru penyelia petang... pastikan semua tempat yang aku masuk dan gunakan bersih.. walau sebelum nih tak bersih... sehinggakan kak rosyidahh kata aku nih rajin sangat.. bukan apa aku cuma tak suka nanti jadi hal lain..
Aku rasa kagum dengan kak salawati.. baru2 nih ada guru baru yang gantikan tempat dia , tapi aku tak surelah guru baru mengajar apa... tapi cara dia hand over kerja memang bagus.. dia terangkan satu persatu, sentiasa mengingatkan guru baru tersebut ... wah.. kalau aku mesti seronok ada org guide aku macam tu.. dengan rela hati, tanpa paksaan aku akan membantu dia.. kelaspun aku sanggup gantikan...
Kak Rosyidah, kak rozita, kak yusnita baiknya hati mereka.. sentiasa mengajar aku cara mengendalikan kelas murid yang nakal.. dan cara untuk mengajar bahasa melayu dengan berkesan..bahan-bahan pun tak lokek juga.. begitu juga dengan Noraini.. wah.. aku suka cara dia menegur dan menasihati guru-guru baru.. sentiasa lembut tetapi nadanya tegas...
Yelah agak berbeza dengan SKBSD1 tetapi tetap ada penariknya.. thanks saya rasa gembira dan mula menikmati keseronokan bekerja.. Insayaallah.. segala kelemahan diri akan saya perbaiki untuk menjadi seorang guru yang baik.. terima kasih semua.. rakan-rakan baru dan lama...
Friday, July 16, 2010
Friday, July 2, 2010
Minta Maaf ye.. saya tak tahu..
Kenapa pagi-pagi gelap ni aku guna tajuk ini?.. Semalam aku ada hari pelanggan di sekolah. Aku dimarahi oleh seorang guru senior tentang meja yang aku ambil... Aku tak sure apa yang menjadikan dia marah aku dengan cara begitu. Ceritanya asalnya macam ni, aku bagi background supaya tak salah faham ye..
Sejak mula aku dan beberapa rakan pindah masuk ke sekolah ni, kami tidak mempunyai tempat ataupun meja.. tak mengapalah, guru baru dan sekolah baru tentulah kita tak boleh demand yang macam-macam. So, kami dapatlah meja panjang, seperti meja kantin. Tak mengapa jugalah... duduklah satu meja kantin tu untuk empat org guru.. Jadi cikgu ni kalau tak banyak barang tak sah ye tak??? tambahan kalau jaga kelas.
Kemudian kamipun duduklah sehingga datang sekumpulan guru ke sekolah kami, mereka dapat meja, tetapi kami yang dua bulan disekolah tu tak dapat meja.. berlakulah beberapa masalah tempat tak ada, sempit dan macam2 hal.. Selepas itu, Cikgu Siti Syahirah mencadangkan kamiuntuk mengambil meja di bilik peperiksaan. Sebab meja tu tak digunakan pun.. Setelah berbincang dengan GPK petang, pekerja sekolah pun ambillah dan masukkan kedalam bilik guru... dan aku hanya perlu cari lagi dua buah meja untuk menjadikan bilik guru kemas dan semua guru mendapat meja.
Alhamdulillah, Cikgu Emi dan Cikgu Hafiz memberi kerjasama yang amat baik dengan rela hati membenarkan kami mengambil meja guru di pusat akses dan bilik tayangan. Selesailah masalah meja.. Semua guru ada meja sendiri dan bilik guru menjadi kemas dan teratur.. Salah ku disini ialah aku tak tengok semula bilik keadaan bilik peperiksaan selepas pekerja mengangkat meja. Sebabnya.. bilik itu tak banyak barang dan pada perkiraan aku tak mungkin bersepah-sepah. Dua bilik yang lain aku pastikan keadaannya teratur kerana bilik tersebut banyak barang.. So, aku pastikan semuanya dalam keadaan yang baik.. yelah org berbudi kita berbahasa..
Semalam, guru yang menjaga bilik peperiksaan bertembung dengan aku dan kawan aku. Nama kami dua2 fazilah.. Diapun bertanya siapa fazilah, aku cakap fazilah yang mana satu? Haa tak kisahlah dua dua fazilah.. Siapa yang mabil meja kat bilik peperisaan tu, saya jawab pekerja dan meja itu Faizah yang pakai bukan kami...
Dengan nada yang meninggi dan marah2 dia berkata" akak tak kisahlah korang nak ambil meja tu, bukan akak gunapun.. tapi ... bla bla.. bla... Aku dan rakan tak terkata.. tak terkeluar pun perkataan maaf dari mulut kami.. terkedu... Aku menyesal kerana yang pertama aku tak tanya dulu pada dia, sedangkan dua guru yang lain aku tanya. Kedua aku tak tengok semula, sedangkan dua meja yang lain aku tengok dan pastikan keadaannya...Sebenarnya, dia boleh cakap dengan aku.. Fazilah , boleh tak tolong kemaskan semula keadaan bilik peperiksaan.. sebab bersepah2. Insyaallah, aku dengan rela hati akan pergi kemaskan.... tak perlu marah2...macam tu... seperti kami ni dua org guru yang bertanggungjawab.. saya tak tahu bilik tu tak dikemaskan...Maaf banyak2 memang saya tak tahu..

Tuesday, June 29, 2010
BZnyaa
Dah lama tak tulis N3... bz punya pasallah... Ada masa nak buka sahaja... nak tulis tarak masa... sebab bila nak tulis kenalah pikir sikit... bab tu yang aku malas sikit... Sejak dok kat sekolah ni masa sebelah siang aku dipenuhi dengan aktiviti berkaitan sekolah tu yang len macam badan aku ni agaknya... semuanya tentang sekolah... Sebelum nih aku ke penang dan sengsara sebab hubby tak ikut.. seminggu lak tuh... lepas tu balik kg kat N9 aku Bz dengan macam2 hal kat kg kete, ASB, hal tanah dan paling seronok bila aku, abah, mak, kak teh berjalan-jalan kat KL satu hari . Kami pusing satu KL. Seterusnya BZ jahit langsir mak lang pulak... Balik rumah sendiri dah nak sekolah alahai... bosannya.. masuk sekolah lagilah macam2 aku kena settlekan.. Minggu pertama sekolah kena pergi perkhemahan, dalam masa yang sama kete aku tak settle lagi so aku kenalah hantar kat bapak aku sebab dia yang beria-ia nak buat. Kelam kabut nak hantar kete, ambil kete nak pegi perkhemahan dan menguruskan suami yang dah mula len macam sikit..
Minggu nih aku nak ke Cameron Highland pulak.. pastu hantar mamat kat ipoh.... ayoyo banyak penat.. tapi tak pelahkan,,
Minggu nih aku nak ke Cameron Highland pulak.. pastu hantar mamat kat ipoh.... ayoyo banyak penat.. tapi tak pelahkan,,
Friday, June 4, 2010
Cuti2 Malaysia Ke?

Hari ini aku akan pergi ke Penang... Plan asal nak pergi Teluk Intan dulu and then ke Taiping seterusnya ke Penang...tetapi plan terbaru melibatkan keluarga mentua dan suami plak tak ikut... cancel plan pertama. Aku akan laksanakan plan pertama pada 3/6 nanti. On the way hantar Mamat balik ke Ipoh.... sebenarnya aku ni bukanlah nak pergi bercuti ponnnn. Aku ke Penang sebab nak jahit langsir.... banyak oooooo langsir yang aku kena jahit... tak masuk lagi keje sekolah aku yang melambak2.. soalan exam?????????? banyaknya..... bila nak buat? Entahlah.... yang penting aku nak giiii berjalan2 dulu barulah settlekan kerja... Hooreyyyy nak gi Penang.... En Hazriin jangan lupa jumpa saya di Penang.....Aina ko janji nak support semuakan??? Fadhilah thanks sebab tolong tandakan jawapan pemahaman... Mak & Abah, angah akan balik semula ke kampung NOgori Sembilan pado minggu dopan.....
Thursday, June 3, 2010
KONVOKESYEN KPLI SR IPG KBM
Salam... Minggu ni memang aku tak sangka yang aku akan mengikuti konvokesyen KPLI SR IPGM KBM. Rancangan awal aku hanya untuk mengikuti seminar yang berlansung pada 2/6. Dengan izinny aku mengikuti konvokesyen ini yang berlansung pada 3/6. Thanks kawan2 sahabat iaitu wati dan Roz.. rasany akalau tak kerana korang aku tak pegilah...
Wednesday, May 26, 2010
AKU BENGANG..................
Minggu banyak betul hal yang terjadi diluar jangkaan aku. Pertama, aku tak tahu yang bertugas kat sekolah minggi ini. Tak ada notis dan aku pun tak dapat jadual bertugas.. Nama guru bertugas nama orang lain.... dan esoknya aku terbaca notis nama aku bertugas.. bengang betullah.. Informlah awal2 supaya ku tak kalut dan seperti org bersalah.
Kedua.... aku dah semak berkali--- agaknya lebih 5 kali. nama aku tak ada dalam notis penggubal soalan pendidikan seni dannnnnnnnnnnnn semalam aku dah semak.. nama yang tercatat dalam notis board.. nama aku tak ada dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn sekali lagi aku diberitahu bahawa aku yang perlu buat soalan............ bior betul minggu depan nak exam. Gilo ko... lain kali kalau ada pertukaran silalah maklumkan awal2.. kalau dah tahu awak tak buat soalan tu dan aku yang kena buat.. cakaplah.. janganlah saat akhir baru nak cakap... Bukannya aku tak nak buat.. Sungguh, sumpahhhhhhhhhhhh, tapi aku tak tahuuuuuuuuuuuu... bila tak tahu takkan aku nak pandai2.... AKU BENGANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG... kalau korang berada di tempat aku macam mana perasaan. Dalam keadaan terdesak akupun buatlah soalan tu......... tak pernah aku buat soalan seni nih... belum ada pengalaman.. dan agaknya dalam keadaan terdesak macam mana aku nak jadikan soalan itu asli?????????? so, aku bantai ajerlah ikut kefahaman dan ilmu aku yang cetek ini........ Jika cakap awal bolehlah aku cari maklumat kat kedai, kat kengkawan.. mesti ramai yang akan membantu... tetapi jika begini..... sape nak tolong aku???? orang lain pun banyak kerja ............

Thursday, May 20, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)