Tuesday, September 29, 2009

Gambar Hari Raya Tahun 2009


Ni Rauf tengah posing macho..


Rumah keluarga mentua

Adik- beradik aku...

Aku, suami dan anak tersayang

Assalamualaikum,
Tahun ni beraya kat Kg Ulu Rokan, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan. Dokek yo... dari KL, Tahun Lepas den beghayo kek ghumah mentuo.. Mentuo pun dokek yo kat N9, Ala... apo namo tompek tu... JOHOL.. Tahun ni macam-macam benda aku buat dari menjahit baju sampailah menjahit langsir, mengemas rumah, semua mentua punya rumah bukan rumah aku pun..tunjuk ghajin, menantu kesayanganlah katakan... Rumah aku kat gemencheh ramai orang perempuan.. tak lah susah sangat nak bokojo.. kek ghumah mentuo den.. menangis den... sobab eee, mentua tak ramai anak perempuan, sorang yo.. tu pun beghayo kek ghumah mentuo eee. di Penang. Lepas tu barulah ke JOHOL...memang kalau nak diikutkan den ni bukan lah ghajin sangat... tapi sobab kasih sayang pada mentuo tu banyak maka aku pun berkorban menolong dengan harapan dia tak menghalang aku balik beghayo kek ghumah aku... Kalau nak ceghito panjang lagi ni.. tapi layanlah gambar2 ghayo tahun 2009.

Monday, September 28, 2009

Kembali ke IPGM KBM

Setelah seminggu bercuti menyambut lebaran. Hari ini semua warga IPGM KBM kembali ke Maktab menjalani rutin harian seperti biasa. Selamat Kembali , semua.. Saya bertemu semula dengan sahabat2, tak sangka Rohani Ibrahim datang lambat dan duduk di atas pentas di dataran budi... hai jadi macam budak2 lagilah nampaknya kita ye.. Kelas dah mula, Puan Latifah dah mula memberi taklimat... harap2 aku ni berubah menjadi lebih rajin....

Oh ye.. jika ada orang yang nak jual bekas toner yang dah habis bolehlah hubungi saya ye...

Friday, September 11, 2009

Mural SKPBP (2)

Ini Marzuki yang tengah kyusuk mengecat

Hasmizainuddin mengecat dengan sepenuh hati

Kak Eta bersama anaknya

Tidak ketinggalan diri saya yang macam gebu aje.. he he...

Mee sup yang menjadi pujaan hati, ringkas aje...

Ni gambar rakan-rakan yang tengah buat mural di SKPBP 2. Petang tu mulut terasa nak makan mee sup. Rasa melekat kat mulut kuah mee sup. Saya suka makan dengan sos cili, tapi kalau sup tulang sukalah makan dengan kuah cili.. emm layan ajelah gambar-gambar ni...

Thursday, September 10, 2009

IFTAR kat Shah Alam

Alya' Munirah sedang makan Tom Yam....
Emmm baru perasan ada orang tangkap gambar dia..

Menu semalam Tom Yam

Semalam berbuka puasa di rumah kakak saya yang sulung. Menu utamanya Tom Yam.. ada beberapa gambar yang nak dikongsi bersama semua.

Tuesday, September 8, 2009

Mural SKPBP (2)

Sebenarnya tugasan membuat mural ni dari bulan lepas saya dan kak eta terima. Tetapi banyak sangat perkara yang perlu dibuat sehingga kena atur satu-satu. Petang ni terlaksana jugalah rancangan nak buat mural ni. Kami dikehendaki membuat bendera Malaysia dan bendera negeri Selangor. Tengok ajerlah nanti pakar melukis ni melukis mural... alahai...

Monday, September 7, 2009

PRAKTIKUM & HARI RAYA


Rasa macam dah tak sabar nak habiskan PRAKTIKUM di SKPBP2. Pada masa yang sama saya juga rasa teruja menantikan hari raya. Emmm tak tengok lagi baju raya yang adik beradik belikan. Diorang kata warna merah.. merah lagi, dahlah tahun lepas warna merah hati. Tahun ni pulak warna merah.. Belasah ajelah. Rauf pula cukuplah dua pasang baju t'shirt dan seluar panjang. Saya pula macam yang saya cakap tadi tak tengok lagi baju yang adik beradik belikan sebab diorang terus tempah. Mak mertua belikan satu baju, kak umi bagi satu baju dan saya pulak beli satu baju ala-ala batik walaupun bukan sutera. Baju ala-ala batik ni terpaksa beli sebab hari khamis nak kena pakai. Nak beli sutera beratus-ratus ringgit rasanya tak sanggup nak beli. Tambahan pulak sekarang ni tengah mengikuti KPLI mana nak cukup duit beli baju mahal-mahal. Tapi tak pelah dari tak ada, sekurang-kurangnya adalah juga kan... gambar kat atas rauf tengah mengada-ngada menangis tak tahulah apa yang dia tak puas hati pada masa tu...

Suami yang tersayang

Pada suami yang tersayang..
Ibu ucapkan ribuan terima kasih atas segala yang telah abang buat untuk keluarga kita. banyak bantuan yang telah diberikan terutamanya pada masa sekarang. Tanpa sokongan abang tak mungkin ibu dapat uruskan semua dengan lancar. Mungkin pada abang bantuan yang diberikan biasa sahaja seperti membantu urusan rumah mengemas, menjaga anak dan sebagainya. Tetapi bagi ibu bantuan itu banyak maknanya dan sekurang-kurangnya ibu tidaklah penat sangat bila balik dari kerja. Kadangkala bila rakan-rakan merungut kepenatan menguruskan hal rumah tangga tapi ibu tidak mempunyai masalah itu. Malahan abanglah yang lebih baik menjaga rumah dari ibu. Terima kasih, sekali lagi.

Kebun Mini Organik


Kebun mini

Pokok kunyit yang telah diserang Ulat


Pokok serai


Pokok cili yang belum diserang ulat


Pokok cili padi

Assalamualaikum pada semua pengunjung blog.
Pada yang selalu mengunjungi blog ini sejuta ucapan terima kasih. Pada yang baru hendak mengenali diri saya juga sekalung ucapan terima kasih. Pada hari ini saya ingin menunjukkan pada semua tentang kebun mini organik yang saya sedang usahakan. Saya berpendapat semua patut dan harus menggunakan bahan berasaskan organik. Walaupun tidak dapat membantu kesihatan manusia secara total tetapi sekurang-kurangnya kita mengelak daripada makan makanan yang beracun. Pada masa akan datang insyallah saya akan paparkan tentang maklumat organik yang memang sedia ada di alam melayu tetapi telah dilupakan. Untuk maklumat semua secara ringkasnya makanan ornganik merujuk pada sumber makanan yang belum tidak menggunakan bahan kimia atau beracun. Contohnya sayur yang digunakan tidak menggunakan baja kimia untuk menjadikannya hijau dan tidak dihampiri oleh musuh. Baja yang digunakan juga seharusnya terdiri daripada baja yang asli contohnya tahi lembu, tahi ayam ataupun baja compose. Makanan organik pada masa kini amat sukar diperolehi dan jika ada harganya jauh lebih tinggi. Ini disebabkan untuk menjadikan sayuran cantik tanpa musuh biasanya petani perlukan sembur dengan pemusnah ulat. Pokok cili yang saya tunjukkan dalam gambar diatas sedang diserang oleh ulat dan saya sedang cari maklumat untuk mengelakkan serangan ulat tanpa menggunakan bahan beracun ataupun kimia walaupun kuantitinya sikit.