Pada suami yang tersayang..
Ibu ucapkan ribuan terima kasih atas segala yang telah abang buat untuk keluarga kita. banyak bantuan yang telah diberikan terutamanya pada masa sekarang. Tanpa sokongan abang tak mungkin ibu dapat uruskan semua dengan lancar. Mungkin pada abang bantuan yang diberikan biasa sahaja seperti membantu urusan rumah mengemas, menjaga anak dan sebagainya. Tetapi bagi ibu bantuan itu banyak maknanya dan sekurang-kurangnya ibu tidaklah penat sangat bila balik dari kerja. Kadangkala bila rakan-rakan merungut kepenatan menguruskan hal rumah tangga tapi ibu tidak mempunyai masalah itu. Malahan abanglah yang lebih baik menjaga rumah dari ibu. Terima kasih, sekali lagi.
No comments:
Post a Comment