Monday, September 7, 2009

PRAKTIKUM & HARI RAYA


Rasa macam dah tak sabar nak habiskan PRAKTIKUM di SKPBP2. Pada masa yang sama saya juga rasa teruja menantikan hari raya. Emmm tak tengok lagi baju raya yang adik beradik belikan. Diorang kata warna merah.. merah lagi, dahlah tahun lepas warna merah hati. Tahun ni pulak warna merah.. Belasah ajelah. Rauf pula cukuplah dua pasang baju t'shirt dan seluar panjang. Saya pula macam yang saya cakap tadi tak tengok lagi baju yang adik beradik belikan sebab diorang terus tempah. Mak mertua belikan satu baju, kak umi bagi satu baju dan saya pulak beli satu baju ala-ala batik walaupun bukan sutera. Baju ala-ala batik ni terpaksa beli sebab hari khamis nak kena pakai. Nak beli sutera beratus-ratus ringgit rasanya tak sanggup nak beli. Tambahan pulak sekarang ni tengah mengikuti KPLI mana nak cukup duit beli baju mahal-mahal. Tapi tak pelah dari tak ada, sekurang-kurangnya adalah juga kan... gambar kat atas rauf tengah mengada-ngada menangis tak tahulah apa yang dia tak puas hati pada masa tu...

No comments:

Post a Comment