Monday, September 7, 2009

Kebun Mini Organik


Kebun mini

Pokok kunyit yang telah diserang Ulat


Pokok serai


Pokok cili yang belum diserang ulat


Pokok cili padi

Assalamualaikum pada semua pengunjung blog.
Pada yang selalu mengunjungi blog ini sejuta ucapan terima kasih. Pada yang baru hendak mengenali diri saya juga sekalung ucapan terima kasih. Pada hari ini saya ingin menunjukkan pada semua tentang kebun mini organik yang saya sedang usahakan. Saya berpendapat semua patut dan harus menggunakan bahan berasaskan organik. Walaupun tidak dapat membantu kesihatan manusia secara total tetapi sekurang-kurangnya kita mengelak daripada makan makanan yang beracun. Pada masa akan datang insyallah saya akan paparkan tentang maklumat organik yang memang sedia ada di alam melayu tetapi telah dilupakan. Untuk maklumat semua secara ringkasnya makanan ornganik merujuk pada sumber makanan yang belum tidak menggunakan bahan kimia atau beracun. Contohnya sayur yang digunakan tidak menggunakan baja kimia untuk menjadikannya hijau dan tidak dihampiri oleh musuh. Baja yang digunakan juga seharusnya terdiri daripada baja yang asli contohnya tahi lembu, tahi ayam ataupun baja compose. Makanan organik pada masa kini amat sukar diperolehi dan jika ada harganya jauh lebih tinggi. Ini disebabkan untuk menjadikan sayuran cantik tanpa musuh biasanya petani perlukan sembur dengan pemusnah ulat. Pokok cili yang saya tunjukkan dalam gambar diatas sedang diserang oleh ulat dan saya sedang cari maklumat untuk mengelakkan serangan ulat tanpa menggunakan bahan beracun ataupun kimia walaupun kuantitinya sikit.

No comments:

Post a Comment