Saturday, November 28, 2009

Berakhir KPLI 2009

Hari rabu yang lepas berakhirlah perjalanan KPLI. Kalau dihitung rasanya seperti tidak cukup lagi ilmu yang perlu dikutip. Dalam keterbatasan waktu di IPGM KBM banyak memori yang dikutip. Rasa Indah, terluka, Marah, Takut dan yang paling penting perasaan GEMBIRA. Hakikatnya bukan mudah melalui perjalanan ini, rasa seperti baru memulakan hidup di umur 32 tahun. Namun pilihan telah dibuat dan janji mesti ditunaikan. Apa pun yang berlaku di masa hadapan perlu ditempuhi dengan sabar dan redha demi menabur ilmu pada anak bangsa. Harapan saya agar ALLAH memberi kekuatan, petunjuk pada hambanya yang lemah ini.
Penempatan saya juga tidak pasti lagi dan saya perlu menungggu KPM membuat pengumuman. Perasaan berdebar tidak terkira, banyak yang perlu diberaskan, anak, suami, adik yang ingin menumpang teduh dirumah, tanggungjawab di RB... sekali lagi harapan saya agar ALLAH memberi yang terbaik untuk hambanya ini.
Rakan-rakan di IPGM KBM, harapanku agar semua beroleh kejayaan yang diimpikan. Saat-saat indah semasa didalam kelas 1C, BIG di Tanjung Uda Resort, Projek PSK di Cameron Hinghland, Pandu Puteri di Kalumpang Resort, PRAKTIKUM di SKPBP2 dan PROBAG di Tanjung Piai.. akan disemat dalam memori ingatan. Terima kasih atas budi baik semua dan maaf atas segala keterlanjuran kata, dan atas segala perkara yang terjadi atas kelemahan diri ini.

Sunday, November 22, 2009

KETIKA CINTA BERTASBIH

Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta


Saturday, November 14, 2009

KPLI 2009

Saya rasa macam bermimpi , rupanya dah hampir setahun saya mengikuti KPLI di IPM KBM. Seperti baru semalam kenal semua orang. Bergaduh, bergembira, bertengkar dan sebagainya.,, hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi bersama rakan-rakan di kelas 2C. Semester pertama rasa risau sebab terpaksa mengikuti macam-macam program dan saya seperti tak berdaya nak mengikutinya. Macam mana pula dunia baru selepas ini.. apa pula cabaran yang perlu dihadapi..
Meninggalkan rakan-rakan rasa sayu.. Saya pernah mengalami rasa sedih yang teramat pada tahun 1996 apabila berpisah dengan rakan-rakan baik di tingkatan 6.. seharian ketawa dan bergembira.. begitu juga semasa di UM. Saya merupakan orang yang terakhir berkahwin manakala semua rakan-rakan yang lain sudah mula membina hidup baru.. masa itu memang sedih, tiada kawan dan apabila pulang ke rumah hidup terasa kosong dan sunyi.. namun pada masa itu, tugas di Reliable Bazaar sudah mula berat dan saya sibuk menjalankan tugas..
Saya rasa sedikit gusar apabila mengenangkan akan berpisah dengan kawan2 baik yang suka ketawa dan buat lawak bodoh, yang memahami dan yang paling penting tak kedekut.. semuanya baik hati. Tidak seorang pun daripada mereka yang meninggi diri semuanya sederhana walaupun pada hakikatnya mereka juga mempunyai kehidupan yang hebat. Pada saya mencari kawan memang ramai tetapi mencari kawan-kawan yang serasi dan menyenangkan hati sangatlah susah. Geng bulat yang saya tahu sikap mereka amat memahami, menerima kelemahan dan kekuatan rakan dengan seadanya, begitu juga saya. Tidak meninggalkan saya ketika susah dan senang. Harapan saya agar ikatan ukhwah ini akan terus berkekalan,, halalkan segala makan, minum, duit yang telah dibelanjakan dan kata-kata yang mengguriskan hati kalian. Tiada niat untuk menyentuh hati sesiapa. saya hanya sorang insan yang kadangkala alpa dan terleka dengan bisikan syaitan. Pada masa hadapan andai panjang umur dan jodoh, insyaallah kita akan bertemu lagi. Bagi rakan2 kelas 2C yang lain begitu juga harapan saya, doa saya agar semua berjaya.

Friday, November 13, 2009

leher terjerut

Hari ini kisah yang mengejutkan berlaku ditempat lama saya berkerja. Seorang todler yang berumur lebih kurang setahun setengah terjerut lehernya ketika bermain bouncer. Alhamdulillah tidak ada apa-apa yang berlaku, todler tersebut terselamat. bayangkanlah apa yang akan terjadi sekiranya hal yang sebaliknya berlaku. Kepala saya jadi pening sekejab bila mendengar cerita ini. Seorang pengasuh yang bertanggungjawab perlu membawa todler yang tercedera ke klinik yang berhampiran dan memberitahu ibubapa todler tersebut dengan segera tanpa menangguhkan masa.
Jika saya mengalami situasi yang sama saya akan akan membuat seperti di atas. memang dah lama saya praktikkan semenjak 10 tahun yang lalu. Alhamdulillah, setakat ini ibubapa yang anaknya tercedera di bawah jagaan saya tidak akan merungut malahan berterima kasih dan saya mengajar semua anak-anaknya. Agaknya mungkin mereka dah lupa pada pesanan saya yang terdahulu dan akhirnya ibubapa tersebut rasa kecewa apabila pihak taska seperti tidak mengendahkan. Esok saya akan memberi taklimat ringkas pada staff baru taska.

Thursday, November 12, 2009

Posting dan elaun

Assalamualaikum
Coretan hari ini agak serius sedikit. Setiap hari, bulan dari awal tahun isu elaun sering diperkatakan di kantin, bilik kulian, kelas, dirumah dan di mana-mana sahaja. Kadangkala saya terfikir berbaloikah pengorbanan saya untuk berhenti kerja sebagai seorang pengetua di Reliable Bazaar dan menjadi guru di bawah KPM.
Pada masa sekarang saya hanya memperolehi elaun RM1346.00. Untuk mendapatkannya juga perlu mendengar omelan dan sindiran daripada pihak pengurusan IPGM. adilkah semua ini... Tambahan pula elaun yang di bayar tidak tetap dan bergantung pada pihak pengurusan.. sedangkan perbelanjaan itulah yang digunakan untuk macam-macam perkara. Beginikah pengorbanan yang perlu di bayar untuk menjadi seorang guru di bawah kementerian. Bagi saya bukannya hendak meminta lebih dari yang sepatutnya cuma bagilah seperti yang telah dijanjikan. Jika terlewat dan ada masalah TEKNIKAL mintalah maaf secara berhemah.. tidak perlulah jadikan pelajar KPLI ini seperti pengemis.
Seterusnya isu posting.. emm macam2 cerita, gossip dan sebagainya.Isu sabah dan Sarawak, dan kawasan pendalaman di Semenanjung Malaysia. Sanggup atau tidak meninggalkan keluarga.. adakah saya sanggup meninggalkan suami dan anak2 berjumpa hanya masa cuti yang panjang jika saya ditempatkan di kawasan yang saya sebutkan tadi. Saya rasa banyak persoalan yang perlu di ambil kira bukan sekadar ikhlas ataupun tidak. saya percaya kerajaan akan mengambil kira semua aspek sebelum membuat segala keputusan..

Thursday, November 5, 2009

KOMSAS

Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera PMR dan SPM
Oleh: Cikgu Mohd. Khir Kassim

Pengajaran dan pembelajaran komponen sastera (komsas) selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Mengapakah keadaan ini berlaku? Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera. Satu daripada alasannya ialah guru tidak mendapat pendedahan tentang teknik pengajaran dan pembelajaran komsas. Selain itu guru tidak berminat dengan sastera dan tidak memiliki kemahiran tentang sastera. Guru juga tidak berkeupayaan untuk menunjukkan contoh kepada murid tentang cara-cara karya sastera itu dipersembahkan. Bagi murid pula, mereka selalunya kurang berminat dengan komsas kerana teknik penyampaian guru itu sendiri yang membosankan. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional dan tidak berpusatkan murid. Oleh yang demikian guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran komsas yang kurang menarik yang diamalkan sebelum ini. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.

Teknik pengajaran dan pembelajaran komsas yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut:

(a) Teater Pembaca
(b) Teater Bercerita
(c) Persidangan Meja Bulat
(d) Monodrama
(e) Balang Kaca
(f) Stesen
(g) Kerusi Panas
(h) Peta Minda
(i) Improvisasi
(j) Mestamu
(k) Dekon
(l) Adaptasi

(a) Teater Pembaca

• Melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas.
• Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja.
• Membantu penonton (murid) memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka.
• Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.

(b) Teater Bercerita

• Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.
• Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut.
• Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
• Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(c) Persidangan Meja Bulat
• Perbincangan dilakukan secara berkumpulan.
• Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan dan seorang pencatat.
• Perbincangan berfokus pada isu yang ditetapkan oleh guru.
• Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangan dijalankan.
• Wakil kumpulan akan membentang dapatan atau hasil perbincangan.
• Masa perbincangan 15 – 20 minit.
• Guru memantau dan membimbing kumpulan semasa perbincangan dijalankan.
• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(d) Monodrama
• Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon (murid)
• Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih.
• Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya.
• Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan perwatakan individu lain.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(e) Balang Kaca
• Seorang murid berlakon sebagai watak utama.
• Murid-murid lain berlakon sebagai watak-watak lain dan mengelilingi watak utama.
• Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama.
• Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik muka, gerak tubuh dan sebagainya.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(f) Kerusi Panas
• Seorang murid dikehendaki memainkan peranan sebagai satu-satu watak.
• Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas.
• Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak berkenaan.
• Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang sedang dilakonkannya.
• Pelajar lain mencatat perwatakan watak-watak dalam Lembaran Pengurusan Grafik (LPG) yang disediakan.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(g) Improvisasi
• Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar.
• Dijalankan dalam kumpulan antara 2 – 5 orang murid.
• Mereka diberi masa 10 – 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(h) Stesen
• Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu stesen.
• Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru.
• Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat.
• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(i) Peta Minda
• Murid mencatatkan maklumat tentang sesuatu aspek dalam bentuk peta minda.
• Peta minda boleh disediakan oleh guru lebih awal, atau pelajar sendiri membina peta minda itu.
• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(j) Mestamu
• Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.
• Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan seni kata/lirik lagu itu dengan sajak atau puisi yang dipelajari.
• Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
• Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam, dan seloka.

(k) Dekon
• Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.
• Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak/puisi
• Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
• Teknik ini sesuai untuk sajak.

(l) Adaptasi
• Murid mencipta karya dalam bentuk genre lain berdasarkan sesuatu genre. Misalnya, menulis pantun atau syair berdasarkan cerpen; menulis skrip drama berdasarkan sajak atau menulis sajak berdasarkan novel.
• Dapat mempelbagaikan kemahiran dan meningkatkan kreativiti murid.
• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

Guru-guru bolehlah mencuba teknik-teknik yang telah dikemukakan tadi semasa mengajarkan komsas di dalam kelas. Semoga teknik tersebut tidak membosankan murid malahan boleh menarik minat dan perhatian mereka untuk mempelajari komsas dan sastera secara amnya. Di samping itu, pakar-pakar kemahiran belajar mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Pembelajaran yang menarik pula sudah tentu akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pengetahuan murid. Diharapkan juga agar minat murid-murid tersebut disuburkan oleh guru yang mengajarkan komsas dengan memberikan bimbingan bukan sahaja untuk mengkaji aspek sastera malahan berupaya untuk menghasilkan karya sastera seperti sajak, pantun, gurindam, cerpen dan novel.