assalamualaikum..
Korang nak tahu.. aku begitu bersemangat nak mengajar tahun satu.. agaknya nak lepas gian setelah lama tak mengajar tahap satu.. beria-ia.. agaknya terpancar pada kelakuan dan sinar mataku...
Ramai yang mengusik.. tapikan lantak depalah.... hari tuh aku tengok Oprah Winfrey show.. Episod pada kali ini ialah tentang bos yang turun ke peringakat bawahan.. salah satu yang menarik perhatian aku pada rancangan kali ialah salah seorang pekerja membersihkan tandas di UK.. begitu seronok menjalankan tugasnya.. dan menganggap tugasnya merupakan satu adventure.. sehinggakan org yang lalu lalang di sekitar situ melihat apa yang mere3ka lakukan.. so... iktibar dari cerita ini ialah tak kira apa yang anda lakukan buatlah dengan perasaan yang bersemangat dan gembira..
Akhirnya akupun melakukan begitu di sekolah.. aku menegur org dengan gembira, senyum dengan orang.. cuba menjadikan sesuatu itu menarik... walaupun mungkin org tak suka kat aku.. siapa tahukan??? hmm aku akan teruskan sikap ini sebab nampak menyenangkan hati aku.. dan aku dapati walaupun ada sorang dua cikgu lain yang aku tersenyum dan menegur padanya dia buat endah tak endah.. aku anggapnya berlalu di angin lalu... biarkan sahaja.. semoga kami akan menjadi kawan juga pada suatu hari nanti... Positif betul ye bunyi nye.. hmm tentulah.. untuk aku jugakan..
Tahun satu pada tahun ini alhamdulillah.. tak banyak masalah... tak adalah yang menangis meraung-raung.. ala sedih sikit2 tu adalah... Guru2 tahun satu.. wah seronoknya kerja dengan mereka.. I like.. Mereka ialah Puan Yusnita Hussien, Puan Rozita, Puan Seribani, Cik Nadhirah dan Puan Nalaine.. Harap2 mereka juga senang bekerja dengan aku.. aku cuba membantu dan menyenangkan mereka semampu yang boleh. Harapan aku semoga Cikgu Fazilah bukanlah cikgu yang menyusahkan org lain..
Wassalam...
Monday, January 3, 2011
Sunday, January 2, 2011
Kenangan dan Masa Hadapan...
Assalamualaikum wbrkt
Lamanya tak menjengok rumah yang satu nih bersawang dah... aku singgah dan aku pergi ke blog lain... suka baca org len punya blog tetapi tak suka tulis sendiri punya blog...
seperti biasalah minggu terakhir cuti nih warga SKBK2 bermesyuarat selama dua hari.. Dengan rasa bangganya aku nak mengumumkan di sini bahawa aku mengajar tahun satu.. I like... Jika dilihat background aku sebelum nih dan di teliti dengan sebaiknya.. aku sebenarnya guru tadika selama 12 tahun.. lama tuh.. selama dua tahun mengajar sahaja kemudian menjadi penyelia dan seterusnya menjadi pengetua untuk 5 tadika dan dua buah taska di sekitar Petaling Jaya, Puchong, Dan Sunway. Kutipan bulanan berpuluh ribu jugalah..
Mesti korang nak tahukan apa nama tadika tuh.. Tadika tuh ada macam2 nama.. Aku bekerja di bawah Reliable Bazaar Sdn Bhd. Reliable Bazaar merupakan jururunding produk pendidikan pra sekolah... Aku nak keluar dari sini pun susah sebenarnya.. hampir tak lepas.. En Ismam enggan sain surat rujukkan dan surat resign. En Hazrin pula menggalakkan.. mungkin tak ada org yang nak menguruskan kot.. Tapi aku tengok skrg elok ajer..
Pebezaan antara bekeraja dengan sektor swasta dengan sektor kerajaan sangat berbeza.. di Swasta setiap masa, saat dan jam.. duit jadi keutamaan. Oleh itu ibubapa dan murid merupakan aset yang sangat penting.. Bila bulan november dan disember menjelma bukan bermaksud cuti sekolah. Bulan disember bermaksud kami harus melaksanakan promosi.. menunggu pendaftaran dan menghias sekolah.. penat tuh... setiap tadika mesti menunjuk peningkatan.. aku harus memberi perhatian pada tadika yang prestasinya lemah.. Kami berganding bahu bekerjasama untuk memastikan murid tahun hadapan ada dan dengan itu pendapatan guru tadika tidak akan terjejas..
Setiap tahun aku akan menguruskan kewangan taski di bantu dengan en hazrin dan en ismam serta guru-guru penyelia yang lain.. ini yang paling aku takut... setiap awal tahun tahun hampir setiap hari aku akan pegang duit yang agak byk..tidak pernah kurang dari lima ribu.. malahan lebih.. so, setiap hari aku akan pergi ke bank.. Oleh itu pakaian kebangsaan aku amatlah selekeh... untuk tidak menunjukkan aku pegang byk duit.. memang selekeh lah.. salegirl kat kedai pun tak nak tegur aku...
Sekarang, keadaan sangat berbeza.. Aku boleh bercuti dengan tenang tanpa pikir apa2.. sekurang-kurangnya untuk 2 minggu atau 3 minggu boleh rest... kalau dulu jangan haraplah.. kereta iswara aku tu merupakan pengangkutan utama tadika.. semuanya boleh masuk termasuklah tikar getah.. rabak kete aku tau.. Pada tahun nih aku bleh tukar kete lagi.. byk betullah perbezaan..
Pada yang membaca blog aku nih.. aku bukan mengatakan bekerja dengan kerajaan senang, menjadi guru sekolah kebangsaan mudah.. banyak juga kerja perlu di bereskan.. pening juga dengan pelbagai maasalah lain.. tetapi percayalah kita berada di pihak yang sangat beruntung. Tak kiralah apa DG anda DG29 ke 32 ke ataupun 41.. bersyukurlah.. sentiasa membantu satu sama lain, hormat menghormati, dan bekerjasama.
Oh ye lupa lak nak mention kenapa aku suka mengajar tahun satu???? sebab aku dah terbiasa dengan budak kecil walaupun aku nih GEBUZ aka Gemuk... Doakan aku dapat menjadi cikgu yang baik dan disayangi oleh murid-murid.. jumpa lagi wassalam...

Sunday, December 12, 2010
Leceh lah..... Bosan

Assalamualaikum wbrkt
Aku rasa geram sangat nih... kenapa aku geram sebabnya ialah... sebenarnya aku daftar streamyx broadband memandangkan pakejnya amat menarik hari dan minat aku... lagipun yang paling penting panggilan antara talian tetap percuma. Tu yang menarik minat aku sesangat... Aku nak guna prepaidlah ingatkan..
So, pada hari rabu yang lepas juruteknik dari TM datanglah pasang telefon kat rumah.. dia kata talian akan active dalam masa 24 jam. Maksudnya hari khamislah.. Aku ni tunggu punya tunggu tak dapat2 sampailah hari jumaat.. Suruh my hubby tu buat aduan.. hmm langsung tak dibuatnya.. memaaaang aku geram..
Pada hari ini iaitu pada hari isnin aku buat lah panggilan ke TM.. mula2 ok lah lagi... lama2 dah boring.. dia past ke satu bahagian ke satu bahagian dan soalannya sama sahaja.. boleh saya dapatkan no contact puan, no aduan apa? sebentar ye saya semak masalahnya.. aku sambunga ke bahagian ni... akhirnya terputus macam tu shj.. Aku nak call semula pun tak pasti bahagian apa.. len kali aku kena tulis lah nampaknya.. nama dan bahagian org yang dihubungi senang aku nak buat aduan...secara bertulis...
ni tak termasuk streamyx broadband yang tak datang lagi...
wahai cikgu fazilah bersabarlah ye... awak tu cikgu kene tunjukkan nilai-nilai baik seorang ciikgu... senyum cikgu senyum.. biar manis mata memandang....
Wednesday, November 10, 2010
Minggu Haru Biru
Assalamualaikum.
Sepatutnya sekolah aku tak cuti minggu depan. Kami cuti satu hari sahaja. Tapi PPD bagi cuti pulak.. Akhirnya semua jadi haru biru... poning kepalo den. Suma nak kena selesai sebelum tarikh baru.. hmmm tensionnya...

Monday, November 8, 2010
Ya Allah Tunaikanlah Harapanku...
Assalamualaikum,
Hari ini, hatiku diusik dengan rasa sedih yang teramat. Apa yang aku doakan dan harapkan musnah berkecai begitu sahaja. Sedihnya..... Entahlah aku tak tahu dimana silapnya... Rasa kecewa pada suami juga menjerut hatiku... Namun begitu, aku tetap akan berdoa semoga ALLAH memberiku peluang untuk memperolehi cahaya mata lagi....

Sunday, November 7, 2010
ketakutanku

Assalamualaikum
Setelah sekian lama dirimu menjadi pendamping rapat diriku. Aku sangat sayang pada dirimu.
Apa sahaja yang aku sukai kau tetap setia menemaniku.. namun sejak kebelakangan ini kau membuatkanku menderita kerana dirimu..
mengapa kau buatku begini. Kenapa? kenapa? Marahkah dirimu padaku... Tapi kenapa kau siksa aku begini? Mengapa? oh mengapa? Aku menangis ketika kau menunjukkan amarahmu padaku. Tidakkah kau tahu, kau telah menyiksa diriku. Engkau memaksa aku berjumpa dengan dirinya sedangkan kau tahu aku takut padanya.. sangat-sangat takut. Sungguh, aku tidak main-main. Memang aku takut.. setiap kali aku baring di atas kerusinya, aku..aku.. mula sejuk. Badan mula menggigil dan menggeletar ketakutan. Puas aku menenangkan diri. Namun ketakutan tetap menyelubungi diriku...
Tambahan kalau dia seperti tidak memahami diriku yang lemah ini.. mengapalah kau siksa diriku begini. Tidak sayangkah kau padaku seperti aku sayang pada dirimu. setiap pagi dan malam aku akan membelai dirimu.. Oh GIGIku kenapa kau paksa aku jumpa doktor gigi iaitu insan yang paling aku geruni.. oh gigiku.. kenapa? kenapa? Kenapaaaaaaaaaaaa?
ish.. ish...ish.. ish... aku menagis teresak-esak.... bila kau tidak sayang pada diriku lagi....
Thursday, November 4, 2010
Al Fatihah Untuk Mak Cik Suamiku
Assalamualaikum
Pada keluarga arwah Makcik yang duduk kat Palong N9. kami mengucapkan takziah atas pemergian arwah Mak Cik. Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat...

Subscribe to:
Posts (Atom)