Assalamualaikum wbrkt
Lamanya tak menjengok rumah yang satu nih bersawang dah... aku singgah dan aku pergi ke blog lain... suka baca org len punya blog tetapi tak suka tulis sendiri punya blog...
seperti biasalah minggu terakhir cuti nih warga SKBK2 bermesyuarat selama dua hari.. Dengan rasa bangganya aku nak mengumumkan di sini bahawa aku mengajar tahun satu.. I like... Jika dilihat background aku sebelum nih dan di teliti dengan sebaiknya.. aku sebenarnya guru tadika selama 12 tahun.. lama tuh.. selama dua tahun mengajar sahaja kemudian menjadi penyelia dan seterusnya menjadi pengetua untuk 5 tadika dan dua buah taska di sekitar Petaling Jaya, Puchong, Dan Sunway. Kutipan bulanan berpuluh ribu jugalah..
Mesti korang nak tahukan apa nama tadika tuh.. Tadika tuh ada macam2 nama.. Aku bekerja di bawah Reliable Bazaar Sdn Bhd. Reliable Bazaar merupakan jururunding produk pendidikan pra sekolah... Aku nak keluar dari sini pun susah sebenarnya.. hampir tak lepas.. En Ismam enggan sain surat rujukkan dan surat resign. En Hazrin pula menggalakkan.. mungkin tak ada org yang nak menguruskan kot.. Tapi aku tengok skrg elok ajer..
Pebezaan antara bekeraja dengan sektor swasta dengan sektor kerajaan sangat berbeza.. di Swasta setiap masa, saat dan jam.. duit jadi keutamaan. Oleh itu ibubapa dan murid merupakan aset yang sangat penting.. Bila bulan november dan disember menjelma bukan bermaksud cuti sekolah. Bulan disember bermaksud kami harus melaksanakan promosi.. menunggu pendaftaran dan menghias sekolah.. penat tuh... setiap tadika mesti menunjuk peningkatan.. aku harus memberi perhatian pada tadika yang prestasinya lemah.. Kami berganding bahu bekerjasama untuk memastikan murid tahun hadapan ada dan dengan itu pendapatan guru tadika tidak akan terjejas..
Setiap tahun aku akan menguruskan kewangan taski di bantu dengan en hazrin dan en ismam serta guru-guru penyelia yang lain.. ini yang paling aku takut... setiap awal tahun tahun hampir setiap hari aku akan pegang duit yang agak byk..tidak pernah kurang dari lima ribu.. malahan lebih.. so, setiap hari aku akan pergi ke bank.. Oleh itu pakaian kebangsaan aku amatlah selekeh... untuk tidak menunjukkan aku pegang byk duit.. memang selekeh lah.. salegirl kat kedai pun tak nak tegur aku...
Sekarang, keadaan sangat berbeza.. Aku boleh bercuti dengan tenang tanpa pikir apa2.. sekurang-kurangnya untuk 2 minggu atau 3 minggu boleh rest... kalau dulu jangan haraplah.. kereta iswara aku tu merupakan pengangkutan utama tadika.. semuanya boleh masuk termasuklah tikar getah.. rabak kete aku tau.. Pada tahun nih aku bleh tukar kete lagi.. byk betullah perbezaan..
Pada yang membaca blog aku nih.. aku bukan mengatakan bekerja dengan kerajaan senang, menjadi guru sekolah kebangsaan mudah.. banyak juga kerja perlu di bereskan.. pening juga dengan pelbagai maasalah lain.. tetapi percayalah kita berada di pihak yang sangat beruntung. Tak kiralah apa DG anda DG29 ke 32 ke ataupun 41.. bersyukurlah.. sentiasa membantu satu sama lain, hormat menghormati, dan bekerjasama.
Oh ye lupa lak nak mention kenapa aku suka mengajar tahun satu???? sebab aku dah terbiasa dengan budak kecil walaupun aku nih GEBUZ aka Gemuk... Doakan aku dapat menjadi cikgu yang baik dan disayangi oleh murid-murid.. jumpa lagi wassalam...
No comments:
Post a Comment