Monday, January 3, 2011

Sesi Persekolahan Bermula.. 2011

assalamualaikum..

Korang nak tahu.. aku begitu bersemangat nak mengajar tahun satu.. agaknya nak lepas gian setelah lama tak mengajar tahap satu.. beria-ia.. agaknya terpancar pada kelakuan dan sinar mataku...

Ramai yang mengusik.. tapikan lantak depalah.... hari tuh aku tengok Oprah Winfrey show.. Episod pada kali ini ialah tentang bos yang turun ke peringakat bawahan.. salah satu yang menarik perhatian aku pada rancangan kali ialah salah seorang pekerja membersihkan tandas di UK.. begitu seronok menjalankan tugasnya.. dan menganggap tugasnya merupakan satu adventure.. sehinggakan org yang lalu lalang di sekitar situ melihat apa yang mere3ka lakukan.. so... iktibar dari cerita ini ialah tak kira apa yang anda lakukan buatlah dengan perasaan yang bersemangat dan gembira..

Akhirnya akupun melakukan begitu di sekolah.. aku menegur org dengan gembira, senyum dengan orang.. cuba menjadikan sesuatu itu menarik... walaupun mungkin org tak suka kat aku.. siapa tahukan??? hmm aku akan teruskan sikap ini sebab nampak menyenangkan hati aku.. dan aku dapati walaupun ada sorang dua cikgu lain yang aku tersenyum dan menegur padanya dia buat endah tak endah.. aku anggapnya berlalu di angin lalu... biarkan sahaja.. semoga kami akan menjadi kawan juga pada suatu hari nanti... Positif betul ye bunyi nye.. hmm tentulah.. untuk aku jugakan..

Tahun satu pada tahun ini alhamdulillah.. tak banyak masalah... tak adalah yang menangis meraung-raung.. ala sedih sikit2 tu adalah... Guru2 tahun satu.. wah seronoknya kerja dengan mereka.. I like.. Mereka ialah Puan Yusnita Hussien, Puan Rozita, Puan Seribani, Cik Nadhirah dan Puan Nalaine.. Harap2 mereka juga senang bekerja dengan aku.. aku cuba membantu dan menyenangkan mereka semampu yang boleh. Harapan aku semoga Cikgu Fazilah bukanlah cikgu yang menyusahkan org lain..

Wassalam...

No comments:

Post a Comment