Pagi ini rasa macam ingin menulis tentang kasih sayang antara seorang anak dan ayah. Hari minggu yang lepas saya pulang ke kampung dan emak beritahu abang sepupu iaitu abang An ada di kampung. Abang An menghidapi penyakit kencing manis tahap serius dan beliau juga ada masalah kesihatan psikologi. Bila jiwa dia tidak tenteram atau ada masalah dia akan mula meracau dan mentalnya tidak stabil. Abang An mempunyai seorang isteri dan sepasang anak. Yang sulung perempuan dan yang bongsu lelaki. Kedua-duanya masih belajar, seorang di kolej dan seorang lagi di sekolah menengah.
Disebabkan kehidupan yang biasa sahaja maksudnya tidaklah senang sangat maka apabila Abang An sakit, isterinya perlu bekerja untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Oleh itu, isterinya tidak boleh menjaga dan menguruskan abang An. Abang An pun di hantar ke kampung. Mak Lang dan Pak Lang lah yang menguruskannya. Mak lang dah tua dan apabila terpaksa menjaga Abang An menyebabkan dia kepenatan. tapi apakan daya tidak ada sesiapa yang boleh menguruskan abang an. Keadaan ini saya lihat sendiri semasa abang an di HKL. Kesiannya.. anak dan isteri tidak boleh datang selalu, hanya mampu datang hujung minggu. Adik beradik pula sibuk dan mak lang dan pak lang pula terlalu jauh nak berulang melihat dia di HKL.
Bila dia pulang ke kampung dia sangat merindui keluarganya, hinggalah satu hari pada senja dua ramadhan abang an jatuh pengsan dan saya adik beradik mengangkat abang an. Abang An dimasukkan ke hospital Tampin malam itu. Pada malam itu, jelas pada mata saya dia merindui anaknya. Saya berazam untuk menunaikan hasratnya yang satu. Tambahan pula cuti sekolah dan saya berpendapat kalau isterinya benarkan saya membawa pulang seorang anaknya. Malam itu saya berusaha berhubung dengan Fitri anak lelaki abang an. Akhirnya berjaya, saya menjelaskan pada Fitri keadaan ayahnya yang tidak stabil. Pada mulanya Fitri mahu pulang ke kampung. Namun malam itu Fitri balas sms mengatakan dia hanya akan pulang melihat ayahnya pada hujung minggu ini. Saya berasa kecewa, saya memujuk Fitri sekali lagi dan akhirnya berjaya tetapi Fitri hanya mahu balik hingga hari rabu atau khamis. Fitri rasa serba salah untuk meninggalkan emaknya keseorangan. Tapi saya fikir tak kisahlah walaupun sekejab biarlah asalkan abang an dapat melepaskan rindu. Akhirnya pada pagi isnin saya berjaya membawa Fitri pulang ke kampung. saya terus membawa Fitri ke hospital. Abang An terkejut melihat anaknya datang dia terus menangis. Dia memeluk dan cium anaknya tanpa henti. Fitri menyapu air mata ayahnya. saya rasa begitu syahdu saat itu, air mata saya mengalir melihat saat itu. Saya rasa puas dapat membantu abang an. Fitri berjanji akan duduk di kampung sehingga hujung minggu dan akan ke hospital setiap petang melawat ayahnya.
Mak lang bercerita setiap petang Fitri akan suapkan bubur pada ayahnya dan ketip kuku dan menyikat rapi rambut ayahnya. Begitulah kasih sayang anak pada ayah... saya berdoa agar abang an dapat merasa kehangatan kasih sayang ini hingga akhir hayatnya. Saya juga berdoa agar abang an sihat semula. walau pun sukar sebab penyakitnya dah teruk. Insyaallah jika tabah dan disiplin abang an akan berjaya menjalani kehidupan seperti dulu.
No comments:
Post a Comment