Thursday, December 31, 2009

Berakhir sebuah penantian

Aku rasa seperti terlepas suatu beban di bahu ini.. Semalam merupakan hari yang haru biru. Aku menunggu di depan laptop dari pukul 7.00 pagi hingga 10.30 sehinggalah keputusan penempatan keluar. Rasa macam tidak percaya apabila nombor kad pengenalan yang aku taip tidak berada dalam rekod Jabatan Pelajaran selangor. Aku mula call rakan-rakan lain dan semak untuk mereka.. semua rakan yang aku semak penempatannya dapat nama sekolah.. Aku panik macam nak gila. Akhirnya akupun pergi JPN dan nyatakan masalah aku.. Sepanjang ke JPN aku menangis kerisauan. Bukan apa, semua ini akan menjejaskan perkhidmatan aku.. Mereka memberitahu bahawa nama aku tercicir.. Alahai macam mana boleh jadi macam ni.. Pihak JPN maklumkan bahawa mereka tunggu KPM emailkan maklumat diri barulah mereka boleh letakkan penempatan..esoklah aku sambung cerita letihnya....

Tuesday, December 29, 2009

Penantian Yang Tiada kesudahan

Rasanya dah lebih sebulan aku cuba bersabar menanti keputusan penempatan dari bulan 11 hinggalah sekarang dah nak masuk tahun baru dan tahun hadapan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.. Rasa gelisah ini makin menghimpit sehingga terasa nafas sesak. Tidur malam mula terganggu.. tambahan beberapa orang rakan baik telah tahu penempatan.. sekurang-kurangnya daerah.. kesabaran mula diuji.. Entahlah.. Rasa macam nak meletup rasa hati ini... Aku paling tidak suka menanti perkara yang tidak pasti seperti ini..

Tuesday, December 22, 2009

Posting

Aku call Suliati kelas 1 D, dia suruh aku pergi KPM dan semak sendiri di sana. Sebab dalam laman web KPM tak keluar lagi dan panggilan telefon pun diangkat.. So, aku mengajak kawan ku yng setia iaitu Rozita Shahidin.. Sampai di sana terkejut gak tengok ramai oarang.. So, aku dan kak ita pun bagilah senarai nama.. Alhamdulillah staff di KPM tak garang dan melayan dengan baik.. Aku dapat negeri selangor.. tapi sekolah tak tahu lagi.. risau gak takut terkena tempat yang agak jauh dari rumah aku sebenarnya berharap dapat Shah Alam.. So, kawan2 yang nak semak bolehlah semak di blog kak ita...

Monday, December 21, 2009

Result KPLI

Hari sabtu yang lepas aku menerima msg daripada Zura. Disebabkan msg yang tdk boleh dibaca akibat dari skrin hp kokak aku yg pecah aku pun call semula dan rentetan dari itu akupun tahu tentang result exam yang dah keluar... macam tak percaya ajer... Aku rasa ketakutan kerana aku tahu tahap jawaban yang tak sebaik mana.. Aku pun call Roznilah dan minta dia semak result tersebut.. Berdebar-debar menerima panggilan dari Roz.. Alhamdulillah lulus dengan cemerlang... hmmm... perkataan cemerlang tu macam tak kena dengan aku.. aku minta roz semak sekali lagi... Aku agaklah... result aku ni pemeriksa bagi markah kesian kot... sbb emmm malas nak ulaslah... namun begitu aku enjoy dan bersyukur...dan nampaknya semua rakan sekelas lulus dengan cemerlang.. tahniah semua.. Walaupun mungkin aku lebih sikit ajer pointer yang menyebabkan dpt perkataan cemerlang. Misalnya.. mungkin aku dapat 3.5.. kalau 3.49 hmm dapat perkataan lainlahkan... TAHNIAH PADA RAKAN2 KELAS 1C IPGM KBM yang lulus dan mendapat diploma pendidikan... ALHAMDULILLAH..

Sunday, December 20, 2009

Posting

Rasa macam tak sabar nak tahu penempatan di mana.... Geram betul sebab sampai hari ini masih tak tahu dan dalam keadaan tertanya-tanya... Bila, dimana, dan bagaimana... Yelah nak jadi guru permulaan ni... Tak larat betul lah macam ni... macam manalah.. pihak yang berkenaan ini mengatur kerja... banyak urusan yang perlu dibereskan..bukan setakat kerja jer... duit pun dah semakin menipis... hendak berjanji bekerja dengan pihak lain pun susah juga sebab keadaan tergantung.. kalau KPM panggil kerja bila-bila masa aje kena pergi.. kesian pulak dekat pihak yang satu lagi... tetapi tahukah wahai KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.. Diriku yang dhaif ni amat perlukan jawaban yang pasti.. Ya Allah... hanya pada dirimu aku berserah...

Friday, December 18, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN & KUNJUNGAN SAHABAT

Semalam, hati ini terasa sayu dengan sikap acuh tak acuh suami dengan tanggungjawabnya terhadap ALLAH sedangkan semalam dan kelmarin merupakan hari yang amat penting untuk seluruh umat Islam dalam usaha menuju ke arah jalan yang diredhainya... Hati saya berkata jika tidak mampu melakukan amalan seperti insan lain cukuplah sekadar melaksanakan yang wajib sahaja.
Hari ini pula sepatutnya saya mengahdiri majlis perkahwinan anak sulung Cikgu mahyudin, seorang guru yang amat dedikasi dan bertanggungjawab. Merupakan seorang insan yang saya jadikan role model dalam keperibadiannya. Sekian lama saya merancanng untuk menghadiri majlis ini tetapi akhirnya saya tidak mampu untuk ke sana atas faktor kewangan yang sangat tidak stabil. Saya berusaha untuk berkongsi kereta dengan rakan lain yang juga mengenali beliau tetapi tidak juga berjaya. Akhirnya saya pasrah... Hati saya pilu dan rasa kesal. saya berjanji akan ke sana lain masa apabila ALLAH mengizinkan. Rumah beliau merupakan antara yang akan saya kunjungi.
Pada masa yang sama seorang rakan baik dari Johor menelefon saya dan memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan akan singgah ke rumah saya. Nama beliau ialah Cikgu Adam, seorang lagi sahabat yang sangat-sangat baik. Begitulah kehendak ALLAH dalam saya bersedih dan berasa kesal tidak dapat menghadiri Majlis Perkahwinan, ALLAH menghadiahkan saya kunjungan seorang sahabat yang juga saya sayangi. Saya amat sedar akan kekuasaan ALLAH dalam menentukan segala yang berlaku. Rasa terubat rasa sedih.. dan muncul pula rasa gembira..

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal hijrah

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH.. SEMOGA SEMUA BEROLEH KESEJAHTERAAN DUNIA DAN AKHIRAT.
DOA AKHIR TAHUN
DOA AWAL TAHUN.


Wednesday, December 16, 2009

Hari Yang Membosankan

Sepanjang bulan ini aku mengajar anak buah sebelah suami yang akan mengambil peperiksaan UPSR tahun 2010. Oleh itu, sepanjang minggu lepas banyaklah kerja yang perlu aku buat, mengajar, jaga rauf, kemas rumah, memasak dan kerja dengan RB. Kadangkala rasa penat tapi masa terisi sampaikan nak tengok blog pun tak boleh.. tak sempat. Bila malam tidur lena. Hari ini uminya datang dan membawa dia pulang ke kampung sebab nak beli keperluan sekolah. so, hari ahad atau isnin dia akan datang semula ke sini.. Bila tak ada rasa bosan pulak dan aku terlebih banyak masa menonton TV.. Bila dia ada rasa tak sempat nak buat apa-apa hari pun berlalu begitu sahaja. Rasa malas nak keluar rumah.. teringin nak pergi ke rumah along... malasnya....
Aku masih tidak tahu posting bila dan di mana.. Aku dah bosan menunggu.... bosan orang bertanya... bosan berfikir ke arah itu... bilalah persoalan ini akan berakhir.. bosan tengok laman web KPM....aku bosan bila kekurangan duit yang amat sangat..... dan kadangkala aku berfikir adakah aku ni masih ada kerja... arghhhhh.... aku bosan!!!!!!!!!

Tuesday, December 15, 2009

Guru Oh Guru

Kenapa aku menjadi guru? Kenapa aku tidak memilih kerjaya lain,... ahli perniagaan, pekebun, kerani, ataupun pegawai yang besar... Aku telah ditentukan oleh ALLAH untuk menjurus terus dalam bidang ini. Tamat STPM aku menjejakkan kaki ke UM dan dalam masa yang sama aku mengajar secara kontrak di Tadika.. Akhirnya setelah tamat di UM akupun cari kerja lain tetapi aku tetap tak dapat kerja lain. Malahan kerjaya di tadika semakin baik dari menjadi seorang guru kontrak aku di lantik menjadi guru kanan, penyelia, pentadbir operasi dan akhirnya pengetua.. Pada masa yang sama aku mohon untuk mengikuti KPLI dan dengan tidak di sangka-sangka setelah bertahun-tahun memohon.... aku diterima mengikuti KPLI. Aku nekad meninggalkan Reliable Bazaar dan jawatan pengetua. Masa depan selepas ini tidak pasti dan aku terasa takut untuk menjangka. Apapun yang pasti aku mesti berusaha untuk menjawat jawatan di kementerian secara tetap...

Monday, December 14, 2009

Jangan Ada Benci

Ya Allah sesungguhnya hati ini sangat rapuh. Tiada kekuatan dalam diri yang mampu menahan perasaan ini dari menerjah keseluruh pelusuk hati. Tiada senyuman yang mampu dipamerkan pada semua orang. Hanya perasaan benci menyelubungi hati ini.Ya Allah! peliharalah hati ini dari perasaan sebegini. Aku lemas dalam mencari ketenangan. Jika mampu aku akan mengelak dari bertemu dengannya sehingga mencetus perasaan ini. Kejamkah aku.... sehingga hati ini begitu enggan memaafkannya. Begitu lama aku cuba memujuk hati, menerima seadaannya. Sehingga kini perasaan amarah menguasai hati ini terhadap dirinya.. Ya allah jauhkanlah perasaan ini, peliharalah hati ini... carikanlah persamaan bukan perbezaan yang hanya membuat hati terluka..

Wednesday, December 2, 2009

Hendak bekerja ke?

N3 yang sebelum ini dah lama dikarang tetapi disebabkan ilmu yang kurang ada beberapa perkara tidak dapat saya paparkan. Rasa kesal menyelubungi hati ini, tetapi tidak mengapalah kita hanya merancang tetapi allah yang menentukan semua.
Persoalan kerja atau tidak? Sudah lama bermain dalam fikiran. Saya rasa serba salah diantara keduanya.Semoga mendapat petunjuk dan hidayah daripadan-Nya. penempatan sekolah tidak lagi saya hiraukan. Saya tidak mahu pening sebelum masanya. Jika terlalu difikirkan nampaknya sepanjang bulan ini hanya akan dipenuhi dengan kerisauan.Berdoalah yang terbaik.