Tuesday, December 15, 2009
Guru Oh Guru
Kenapa aku menjadi guru? Kenapa aku tidak memilih kerjaya lain,... ahli perniagaan, pekebun, kerani, ataupun pegawai yang besar... Aku telah ditentukan oleh ALLAH untuk menjurus terus dalam bidang ini. Tamat STPM aku menjejakkan kaki ke UM dan dalam masa yang sama aku mengajar secara kontrak di Tadika.. Akhirnya setelah tamat di UM akupun cari kerja lain tetapi aku tetap tak dapat kerja lain. Malahan kerjaya di tadika semakin baik dari menjadi seorang guru kontrak aku di lantik menjadi guru kanan, penyelia, pentadbir operasi dan akhirnya pengetua.. Pada masa yang sama aku mohon untuk mengikuti KPLI dan dengan tidak di sangka-sangka setelah bertahun-tahun memohon.... aku diterima mengikuti KPLI. Aku nekad meninggalkan Reliable Bazaar dan jawatan pengetua. Masa depan selepas ini tidak pasti dan aku terasa takut untuk menjangka. Apapun yang pasti aku mesti berusaha untuk menjawat jawatan di kementerian secara tetap...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment