Thursday, December 31, 2009

Berakhir sebuah penantian

Aku rasa seperti terlepas suatu beban di bahu ini.. Semalam merupakan hari yang haru biru. Aku menunggu di depan laptop dari pukul 7.00 pagi hingga 10.30 sehinggalah keputusan penempatan keluar. Rasa macam tidak percaya apabila nombor kad pengenalan yang aku taip tidak berada dalam rekod Jabatan Pelajaran selangor. Aku mula call rakan-rakan lain dan semak untuk mereka.. semua rakan yang aku semak penempatannya dapat nama sekolah.. Aku panik macam nak gila. Akhirnya akupun pergi JPN dan nyatakan masalah aku.. Sepanjang ke JPN aku menangis kerisauan. Bukan apa, semua ini akan menjejaskan perkhidmatan aku.. Mereka memberitahu bahawa nama aku tercicir.. Alahai macam mana boleh jadi macam ni.. Pihak JPN maklumkan bahawa mereka tunggu KPM emailkan maklumat diri barulah mereka boleh letakkan penempatan..esoklah aku sambung cerita letihnya....

No comments:

Post a Comment