Semalam, hati ini terasa sayu dengan sikap acuh tak acuh suami dengan tanggungjawabnya terhadap ALLAH sedangkan semalam dan kelmarin merupakan hari yang amat penting untuk seluruh umat Islam dalam usaha menuju ke arah jalan yang diredhainya... Hati saya berkata jika tidak mampu melakukan amalan seperti insan lain cukuplah sekadar melaksanakan yang wajib sahaja.
Hari ini pula sepatutnya saya mengahdiri majlis perkahwinan anak sulung Cikgu mahyudin, seorang guru yang amat dedikasi dan bertanggungjawab. Merupakan seorang insan yang saya jadikan role model dalam keperibadiannya. Sekian lama saya merancanng untuk menghadiri majlis ini tetapi akhirnya saya tidak mampu untuk ke sana atas faktor kewangan yang sangat tidak stabil. Saya berusaha untuk berkongsi kereta dengan rakan lain yang juga mengenali beliau tetapi tidak juga berjaya. Akhirnya saya pasrah... Hati saya pilu dan rasa kesal. saya berjanji akan ke sana lain masa apabila ALLAH mengizinkan. Rumah beliau merupakan antara yang akan saya kunjungi.
Pada masa yang sama seorang rakan baik dari Johor menelefon saya dan memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan akan singgah ke rumah saya. Nama beliau ialah Cikgu Adam, seorang lagi sahabat yang sangat-sangat baik. Begitulah kehendak ALLAH dalam saya bersedih dan berasa kesal tidak dapat menghadiri Majlis Perkahwinan, ALLAH menghadiahkan saya kunjungan seorang sahabat yang juga saya sayangi. Saya amat sedar akan kekuasaan ALLAH dalam menentukan segala yang berlaku. Rasa terubat rasa sedih.. dan muncul pula rasa gembira..
No comments:
Post a Comment