Wednesday, December 16, 2009

Hari Yang Membosankan

Sepanjang bulan ini aku mengajar anak buah sebelah suami yang akan mengambil peperiksaan UPSR tahun 2010. Oleh itu, sepanjang minggu lepas banyaklah kerja yang perlu aku buat, mengajar, jaga rauf, kemas rumah, memasak dan kerja dengan RB. Kadangkala rasa penat tapi masa terisi sampaikan nak tengok blog pun tak boleh.. tak sempat. Bila malam tidur lena. Hari ini uminya datang dan membawa dia pulang ke kampung sebab nak beli keperluan sekolah. so, hari ahad atau isnin dia akan datang semula ke sini.. Bila tak ada rasa bosan pulak dan aku terlebih banyak masa menonton TV.. Bila dia ada rasa tak sempat nak buat apa-apa hari pun berlalu begitu sahaja. Rasa malas nak keluar rumah.. teringin nak pergi ke rumah along... malasnya....
Aku masih tidak tahu posting bila dan di mana.. Aku dah bosan menunggu.... bosan orang bertanya... bosan berfikir ke arah itu... bilalah persoalan ini akan berakhir.. bosan tengok laman web KPM....aku bosan bila kekurangan duit yang amat sangat..... dan kadangkala aku berfikir adakah aku ni masih ada kerja... arghhhhh.... aku bosan!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment