Saturday, April 10, 2010

Batuk Lagi


Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku, sihatkanlah pendengaranku dan sihatkanlah penglihatanku...
Dah dua minggu batuk nih berlarutan... minggu lepas dah kena RM73 , minggu ni kene lagi RM75... tidur malam dah terganggu.. nak ambil MC rasanya tak mungkin.... aku sendiri yang tak nak.. sebab banyak lagi hal lain yang perlu aku settlekan...
Doktor dah tukar ubat dan bagi aku ubat alahan yang boleh menyebabkan mengantuk yang melampau.. tu yang paling malas.... bila makan 1/2 jam kemudian aku dah mula pening dan badan terhuyung-hayang... DISEBABKAN AKU MAKAN UBAT TU AKU LAMBAT BANGUN DAN LAMBAT KE SEKOLAH HARI NI... HARI NIH ADA LADAP KAT SEKOLAH AKU SAMPAI SEKOLAH PUKUL 8.15 LEWAT 15 MINIT.. GURU BESAR DAH SOUND.. KALAU MULA PUKUL 8.00 KENALAH DATANG PUKUL 8.00, SEMUA INI MELAMBANGKAN INTEGRITI... nasib baiklah ada ramai guru lain yang datang lewat sama-sama dengan aku tak delah aku nak rasa macam nih.....


tengoklah kat atas tu gambar ubat.... mengerikan pandangan mata aku..... TOLONGGGGGGGGGGGGGG...............................................

Saturday, April 3, 2010

Kereta Iswara berwajah Baru

Hari ni kete iswara kesayanganku bertukar kulit.... Aku telah membalut kusyenku dengan sarung kulit yang boleh membantu diriku membersihkannya dengan mudah. Kereta iswara ni dah lama aku pakai sejak dari tahun 2003 dan sekarang tahun 2010. Cukup lamalah bagi aku... Nampaknya keadaan ekonomi keluargaku menghalang aku untuk menukar ataupun menambah yang lain... Kereta ni tak banyak masalah.. aku servis bila cukup masa, cuma aku kurang ambil berat pada beberapa hal sampingan. .. Kereta aku ni dah banyak berjasa bukan sahaja pada diriku malahan pada Reliable Bazaar Sdn Bhd.. Hinggakan ada yang mengatakan dan menyamakan kete aku dengan TRELLER ataupun KARGO..hmmm skrg sampai masanya aku membelai dirinya, menjaga keanggunannya, takkan ku biar kau wahai iswaraku tercemar dengan menanggung perkara-perkara yang diluar kemampuanmu.. Takkanku korban dirimu... ceh wah... Tapi memang aku dah nekad yang aku akan menggunakan kereta iswara ini.. aku takkan menukarnya dengan yang lain.. kenapa aku behitu emosi tentang kete ini.. entahla...kerana dialah peneman aku darii dulu sehingga sekarang ketika susah ataupun senang.... biar kereta lain laju meninggalkannya..kerna aku tetap akan sampai jua dengan iswaraku....

Friday, April 2, 2010

Rauf dah ada TOK GURU

Hari ini buat pertama kali aku merayu pada abang long ataupun merangkap abah rauf untuk ajar dia mengaji.. Abang Long kata dia kecik lagi.. nanti susah nak ajar... tak duduk diam. Tanpa rasa putus asa aku merayu lagi dan kata kalau nak caj mahal sebab dia kecil pun tak mengapa... tapi ajarlah dia... Akhirnya abang long setuju ajar rauf mengaji... Hari ini buat pertama kalinya rauf mengaji... Hati aku rasa gembira... riang mendengar anak mula mengaji... Harapan aku agar rauf cenderung dalam bidang agama...

Wednesday, March 24, 2010

batuk, demam


Hari ni demam, batuk dan selsema.. semuanya ada... Mula2 tu tahan ajer... semlam jumpa doktor dapat MC dua hari... dahlah baru mula kerja ... serba salah nak MC.. tapi batuk ni makin menjadi-jadi sehingga aku rasa macam nak menangis tak dapat tido dan hanya tido di atas kerusi malas... badan jadi lesu... kepala pening, otot perut asyik kejang ajer... Mahal betul ubat aku kena bayar RM76 .. budak klinik tu kata ubat antibiotik tu yang mahal....dahlah aku belum bergaji lagi... tapikan dengar cerita dah gaji hari ni 25hb... betul ke ha.....

Monday, March 22, 2010

Berkelah di Sungai Congkak


Kakak aku perap semua makanan yang nak dipanggang.. aku makan dan kipas ajer...

Abang Long dan anak-anaknya serta anak aku Rauf yang takut dengan air sungai.... berlagak rauf tu tak sedar diri anak orang Gemencheh,...

Along yang pakai baju purple, Kak Chik yang pakai baju coklat dan aku yang gebu sangat pakai tudung kelabu ( hubby aku yang kata aku Gebu.. he he ) Mana laki aku ekkk..

Kenapa nampak tangan hubby ajer nih.. sajer jer tak aku publish gambar dalam blog aku... tengoklah rauf menangis kena siram dengan ayahnya... kononnya dia kata " rauf takut sebab air sungai kotor" pegi dah... Hingus pun meleleh aku yang lapkan..

.....Tadi story pasal gambar sekarang baru intro ....

Pada minggu lepas aku dan keluarga berkelah di Sungai Congkak.. Rasa dah dekat setahun setengah aku tak berjalan-jalan. Aku nak berjalan jauh sikit tapi duitnya yang tak jauh sangat.. so.. dengan baik hati dan rela hati walaupun duit tak seberapa aku pun belanja semua adik beradik berkelah kat sungai Congkak. aku belanja makanan tetapi perjalanan aku tak tanggung diorang tanggung sendiri.. seronok rasanya dapat melepaskan hajat hati nak berehat dan bersuka ria.... Gaji dah lah tak dapat lagi macam mana weiiii... hubby buat tak tahu ajer nih.... macam mana nih.. mulalah mengelabah......

Monday, March 8, 2010

ALHAMDULLILAH

Syukur ke hadrat ilahi kerana hari ini aku dah dapat surat penempatan semula KPLI.. Aku ditempatkan di SK Bukit Kemuning 2. jarak perjalanan tidak terlalu jauh berbanding SKBSD 1. SKBSD 1 42km sehala dan tol RM5. SK Bukit Kemuning pula 26KM dan kadar tol RM2. Aku tidak pasti suasana di sana. Namun aku berharap aku boleh menghadapinya dan bertemu dengan rakan yang baru.
SKBSD1 akan kukenang sentiasa. Sepanjang aku menjalani tugas di SKBSD 1, semuanya berjalan lancar. Guru, pentadbir, staff sokongan semuanya baik-baik belaka. walaupun berat hati meninggalkan semua yang ada di SKBSD 1 aku perlu tegas dalam membuat keputusan, semuanya demi keluarga tercinta.

Sunday, March 7, 2010

Menunggu Hari...

Jumaat lepas aku dan seorang rakan baik telah pergi ke J***. Aku sebenarnya dah malas bertekak dengan dengan kerani di situ. Aku juga rasa berat hati nak ikut kawan aku ke situ...Tapi entah kenapa kaki,tangan dan otak aku memaksa aku mengikut dirinya... Aku dah mula mencipta beberapa alasan untuk tidak mahu mengikut dia.. Namun kuasa tuhan mengatasi segalanya. Aku pun mengikut dia dan suaminya. Aku menjadi penunjuk arah ke tempat yang dituju. Sampai di sana seperti yang aku jangka kerani di bahagian hadapan tidak membenarkan kami masuk untuk berjumpa dengan pegawai yang berkenaan. Aku dah nekad tak mahu bertekak so aku tak bertekaklah.. Rakan baikku bertekak dan akhirnya kerani berkenaan membenarkan kami berjumpa dengan pegawai tersebut. Aku dan rakan bercerita tentang masalah yang kami hadapi. Akhirnya tanpa disangka aku dapat berita gembira, manakala rakanku pula perlu menunggu beberapa hari barulah dapat kepastian.. Aku amat berterima kasih dengan kawan baikku.. NORLAIZAI... tanpanya mungkin aku akan menderita untuk tahun.. Terima kasih.. atas segalanya.. ditempat baru mungkinkah aku menemui insan sebaik dirimu.....