Kenapa pagi-pagi gelap ni aku guna tajuk ini?.. Semalam aku ada hari pelanggan di sekolah. Aku dimarahi oleh seorang guru senior tentang meja yang aku ambil... Aku tak sure apa yang menjadikan dia marah aku dengan cara begitu. Ceritanya asalnya macam ni, aku bagi background supaya tak salah faham ye..
Sejak mula aku dan beberapa rakan pindah masuk ke sekolah ni, kami tidak mempunyai tempat ataupun meja.. tak mengapalah, guru baru dan sekolah baru tentulah kita tak boleh demand yang macam-macam. So, kami dapatlah meja panjang, seperti meja kantin. Tak mengapa jugalah... duduklah satu meja kantin tu untuk empat org guru.. Jadi cikgu ni kalau tak banyak barang tak sah ye tak??? tambahan kalau jaga kelas.
Kemudian kamipun duduklah sehingga datang sekumpulan guru ke sekolah kami, mereka dapat meja, tetapi kami yang dua bulan disekolah tu tak dapat meja.. berlakulah beberapa masalah tempat tak ada, sempit dan macam2 hal.. Selepas itu, Cikgu Siti Syahirah mencadangkan kamiuntuk mengambil meja di bilik peperiksaan. Sebab meja tu tak digunakan pun.. Setelah berbincang dengan GPK petang, pekerja sekolah pun ambillah dan masukkan kedalam bilik guru... dan aku hanya perlu cari lagi dua buah meja untuk menjadikan bilik guru kemas dan semua guru mendapat meja.
Alhamdulillah, Cikgu Emi dan Cikgu Hafiz memberi kerjasama yang amat baik dengan rela hati membenarkan kami mengambil meja guru di pusat akses dan bilik tayangan. Selesailah masalah meja.. Semua guru ada meja sendiri dan bilik guru menjadi kemas dan teratur.. Salah ku disini ialah aku tak tengok semula bilik keadaan bilik peperiksaan selepas pekerja mengangkat meja. Sebabnya.. bilik itu tak banyak barang dan pada perkiraan aku tak mungkin bersepah-sepah. Dua bilik yang lain aku pastikan keadaannya teratur kerana bilik tersebut banyak barang.. So, aku pastikan semuanya dalam keadaan yang baik.. yelah org berbudi kita berbahasa..
Semalam, guru yang menjaga bilik peperiksaan bertembung dengan aku dan kawan aku. Nama kami dua2 fazilah.. Diapun bertanya siapa fazilah, aku cakap fazilah yang mana satu? Haa tak kisahlah dua dua fazilah.. Siapa yang mabil meja kat bilik peperisaan tu, saya jawab pekerja dan meja itu Faizah yang pakai bukan kami...
Dengan nada yang meninggi dan marah2 dia berkata" akak tak kisahlah korang nak ambil meja tu, bukan akak gunapun.. tapi ... bla bla.. bla... Aku dan rakan tak terkata.. tak terkeluar pun perkataan maaf dari mulut kami.. terkedu... Aku menyesal kerana yang pertama aku tak tanya dulu pada dia, sedangkan dua guru yang lain aku tanya. Kedua aku tak tengok semula, sedangkan dua meja yang lain aku tengok dan pastikan keadaannya...Sebenarnya, dia boleh cakap dengan aku.. Fazilah , boleh tak tolong kemaskan semula keadaan bilik peperiksaan.. sebab bersepah2. Insyaallah, aku dengan rela hati akan pergi kemaskan.... tak perlu marah2...macam tu... seperti kami ni dua org guru yang bertanggungjawab.. saya tak tahu bilik tu tak dikemaskan...Maaf banyak2 memang saya tak tahu..