Thursday, December 31, 2009
Berakhir sebuah penantian
Aku rasa seperti terlepas suatu beban di bahu ini.. Semalam merupakan hari yang haru biru. Aku menunggu di depan laptop dari pukul 7.00 pagi hingga 10.30 sehinggalah keputusan penempatan keluar. Rasa macam tidak percaya apabila nombor kad pengenalan yang aku taip tidak berada dalam rekod Jabatan Pelajaran selangor. Aku mula call rakan-rakan lain dan semak untuk mereka.. semua rakan yang aku semak penempatannya dapat nama sekolah.. Aku panik macam nak gila. Akhirnya akupun pergi JPN dan nyatakan masalah aku.. Sepanjang ke JPN aku menangis kerisauan. Bukan apa, semua ini akan menjejaskan perkhidmatan aku.. Mereka memberitahu bahawa nama aku tercicir.. Alahai macam mana boleh jadi macam ni.. Pihak JPN maklumkan bahawa mereka tunggu KPM emailkan maklumat diri barulah mereka boleh letakkan penempatan..esoklah aku sambung cerita letihnya....
Tuesday, December 29, 2009
Penantian Yang Tiada kesudahan
Rasanya dah lebih sebulan aku cuba bersabar menanti keputusan penempatan dari bulan 11 hinggalah sekarang dah nak masuk tahun baru dan tahun hadapan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.. Rasa gelisah ini makin menghimpit sehingga terasa nafas sesak. Tidur malam mula terganggu.. tambahan beberapa orang rakan baik telah tahu penempatan.. sekurang-kurangnya daerah.. kesabaran mula diuji.. Entahlah.. Rasa macam nak meletup rasa hati ini... Aku paling tidak suka menanti perkara yang tidak pasti seperti ini..
Tuesday, December 22, 2009
Posting
Aku call Suliati kelas 1 D, dia suruh aku pergi KPM dan semak sendiri di sana. Sebab dalam laman web KPM tak keluar lagi dan panggilan telefon pun diangkat.. So, aku mengajak kawan ku yng setia iaitu Rozita Shahidin.. Sampai di sana terkejut gak tengok ramai oarang.. So, aku dan kak ita pun bagilah senarai nama.. Alhamdulillah staff di KPM tak garang dan melayan dengan baik.. Aku dapat negeri selangor.. tapi sekolah tak tahu lagi.. risau gak takut terkena tempat yang agak jauh dari rumah aku sebenarnya berharap dapat Shah Alam.. So, kawan2 yang nak semak bolehlah semak di blog kak ita...
Monday, December 21, 2009
Result KPLI
Hari sabtu yang lepas aku menerima msg daripada Zura. Disebabkan msg yang tdk boleh dibaca akibat dari skrin hp kokak aku yg pecah aku pun call semula dan rentetan dari itu akupun tahu tentang result exam yang dah keluar... macam tak percaya ajer... Aku rasa ketakutan kerana aku tahu tahap jawaban yang tak sebaik mana.. Aku pun call Roznilah dan minta dia semak result tersebut.. Berdebar-debar menerima panggilan dari Roz.. Alhamdulillah lulus dengan cemerlang... hmmm... perkataan cemerlang tu macam tak kena dengan aku.. aku minta roz semak sekali lagi... Aku agaklah... result aku ni pemeriksa bagi markah kesian kot... sbb emmm malas nak ulaslah... namun begitu aku enjoy dan bersyukur...dan nampaknya semua rakan sekelas lulus dengan cemerlang.. tahniah semua.. Walaupun mungkin aku lebih sikit ajer pointer yang menyebabkan dpt perkataan cemerlang. Misalnya.. mungkin aku dapat 3.5.. kalau 3.49 hmm dapat perkataan lainlahkan... TAHNIAH PADA RAKAN2 KELAS 1C IPGM KBM yang lulus dan mendapat diploma pendidikan... ALHAMDULILLAH..
Sunday, December 20, 2009
Posting
Rasa macam tak sabar nak tahu penempatan di mana.... Geram betul sebab sampai hari ini masih tak tahu dan dalam keadaan tertanya-tanya... Bila, dimana, dan bagaimana... Yelah nak jadi guru permulaan ni... Tak larat betul lah macam ni... macam manalah.. pihak yang berkenaan ini mengatur kerja... banyak urusan yang perlu dibereskan..bukan setakat kerja jer... duit pun dah semakin menipis... hendak berjanji bekerja dengan pihak lain pun susah juga sebab keadaan tergantung.. kalau KPM panggil kerja bila-bila masa aje kena pergi.. kesian pulak dekat pihak yang satu lagi... tetapi tahukah wahai KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.. Diriku yang dhaif ni amat perlukan jawaban yang pasti.. Ya Allah... hanya pada dirimu aku berserah...
Friday, December 18, 2009
MAJLIS PERKAHWINAN & KUNJUNGAN SAHABAT
Semalam, hati ini terasa sayu dengan sikap acuh tak acuh suami dengan tanggungjawabnya terhadap ALLAH sedangkan semalam dan kelmarin merupakan hari yang amat penting untuk seluruh umat Islam dalam usaha menuju ke arah jalan yang diredhainya... Hati saya berkata jika tidak mampu melakukan amalan seperti insan lain cukuplah sekadar melaksanakan yang wajib sahaja.
Hari ini pula sepatutnya saya mengahdiri majlis perkahwinan anak sulung Cikgu mahyudin, seorang guru yang amat dedikasi dan bertanggungjawab. Merupakan seorang insan yang saya jadikan role model dalam keperibadiannya. Sekian lama saya merancanng untuk menghadiri majlis ini tetapi akhirnya saya tidak mampu untuk ke sana atas faktor kewangan yang sangat tidak stabil. Saya berusaha untuk berkongsi kereta dengan rakan lain yang juga mengenali beliau tetapi tidak juga berjaya. Akhirnya saya pasrah... Hati saya pilu dan rasa kesal. saya berjanji akan ke sana lain masa apabila ALLAH mengizinkan. Rumah beliau merupakan antara yang akan saya kunjungi.
Pada masa yang sama seorang rakan baik dari Johor menelefon saya dan memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan akan singgah ke rumah saya. Nama beliau ialah Cikgu Adam, seorang lagi sahabat yang sangat-sangat baik. Begitulah kehendak ALLAH dalam saya bersedih dan berasa kesal tidak dapat menghadiri Majlis Perkahwinan, ALLAH menghadiahkan saya kunjungan seorang sahabat yang juga saya sayangi. Saya amat sedar akan kekuasaan ALLAH dalam menentukan segala yang berlaku. Rasa terubat rasa sedih.. dan muncul pula rasa gembira..

Thursday, December 17, 2009
Salam Maal hijrah
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH.. SEMOGA SEMUA BEROLEH KESEJAHTERAAN DUNIA DAN AKHIRAT.
DOA AKHIR TAHUN
DOA AWAL TAHUN.
DOA AKHIR TAHUN
DOA AWAL TAHUN.
Wednesday, December 16, 2009
Hari Yang Membosankan
Sepanjang bulan ini aku mengajar anak buah sebelah suami yang akan mengambil peperiksaan UPSR tahun 2010. Oleh itu, sepanjang minggu lepas banyaklah kerja yang perlu aku buat, mengajar, jaga rauf, kemas rumah, memasak dan kerja dengan RB. Kadangkala rasa penat tapi masa terisi sampaikan nak tengok blog pun tak boleh.. tak sempat. Bila malam tidur lena. Hari ini uminya datang dan membawa dia pulang ke kampung sebab nak beli keperluan sekolah. so, hari ahad atau isnin dia akan datang semula ke sini.. Bila tak ada rasa bosan pulak dan aku terlebih banyak masa menonton TV.. Bila dia ada rasa tak sempat nak buat apa-apa hari pun berlalu begitu sahaja. Rasa malas nak keluar rumah.. teringin nak pergi ke rumah along... malasnya....
Aku masih tidak tahu posting bila dan di mana.. Aku dah bosan menunggu.... bosan orang bertanya... bosan berfikir ke arah itu... bilalah persoalan ini akan berakhir.. bosan tengok laman web KPM....aku bosan bila kekurangan duit yang amat sangat..... dan kadangkala aku berfikir adakah aku ni masih ada kerja... arghhhhh.... aku bosan!!!!!!!!!

Tuesday, December 15, 2009
Guru Oh Guru
Kenapa aku menjadi guru? Kenapa aku tidak memilih kerjaya lain,... ahli perniagaan, pekebun, kerani, ataupun pegawai yang besar... Aku telah ditentukan oleh ALLAH untuk menjurus terus dalam bidang ini. Tamat STPM aku menjejakkan kaki ke UM dan dalam masa yang sama aku mengajar secara kontrak di Tadika.. Akhirnya setelah tamat di UM akupun cari kerja lain tetapi aku tetap tak dapat kerja lain. Malahan kerjaya di tadika semakin baik dari menjadi seorang guru kontrak aku di lantik menjadi guru kanan, penyelia, pentadbir operasi dan akhirnya pengetua.. Pada masa yang sama aku mohon untuk mengikuti KPLI dan dengan tidak di sangka-sangka setelah bertahun-tahun memohon.... aku diterima mengikuti KPLI. Aku nekad meninggalkan Reliable Bazaar dan jawatan pengetua. Masa depan selepas ini tidak pasti dan aku terasa takut untuk menjangka. Apapun yang pasti aku mesti berusaha untuk menjawat jawatan di kementerian secara tetap...
Monday, December 14, 2009
Jangan Ada Benci
Ya Allah sesungguhnya hati ini sangat rapuh. Tiada kekuatan dalam diri yang mampu menahan perasaan ini dari menerjah keseluruh pelusuk hati. Tiada senyuman yang mampu dipamerkan pada semua orang. Hanya perasaan benci menyelubungi hati ini.Ya Allah! peliharalah hati ini dari perasaan sebegini. Aku lemas dalam mencari ketenangan. Jika mampu aku akan mengelak dari bertemu dengannya sehingga mencetus perasaan ini. Kejamkah aku.... sehingga hati ini begitu enggan memaafkannya. Begitu lama aku cuba memujuk hati, menerima seadaannya. Sehingga kini perasaan amarah menguasai hati ini terhadap dirinya.. Ya allah jauhkanlah perasaan ini, peliharalah hati ini... carikanlah persamaan bukan perbezaan yang hanya membuat hati terluka..
Wednesday, December 2, 2009
Hendak bekerja ke?
N3 yang sebelum ini dah lama dikarang tetapi disebabkan ilmu yang kurang ada beberapa perkara tidak dapat saya paparkan. Rasa kesal menyelubungi hati ini, tetapi tidak mengapalah kita hanya merancang tetapi allah yang menentukan semua.
Persoalan kerja atau tidak? Sudah lama bermain dalam fikiran. Saya rasa serba salah diantara keduanya.Semoga mendapat petunjuk dan hidayah daripadan-Nya. penempatan sekolah tidak lagi saya hiraukan. Saya tidak mahu pening sebelum masanya. Jika terlalu difikirkan nampaknya sepanjang bulan ini hanya akan dipenuhi dengan kerisauan.Berdoalah yang terbaik.

Saturday, November 28, 2009
Berakhir KPLI 2009
Hari rabu yang lepas berakhirlah perjalanan KPLI. Kalau dihitung rasanya seperti tidak cukup lagi ilmu yang perlu dikutip. Dalam keterbatasan waktu di IPGM KBM banyak memori yang dikutip. Rasa Indah, terluka, Marah, Takut dan yang paling penting perasaan GEMBIRA. Hakikatnya bukan mudah melalui perjalanan ini, rasa seperti baru memulakan hidup di umur 32 tahun. Namun pilihan telah dibuat dan janji mesti ditunaikan. Apa pun yang berlaku di masa hadapan perlu ditempuhi dengan sabar dan redha demi menabur ilmu pada anak bangsa. Harapan saya agar ALLAH memberi kekuatan, petunjuk pada hambanya yang lemah ini.
Penempatan saya juga tidak pasti lagi dan saya perlu menungggu KPM membuat pengumuman. Perasaan berdebar tidak terkira, banyak yang perlu diberaskan, anak, suami, adik yang ingin menumpang teduh dirumah, tanggungjawab di RB... sekali lagi harapan saya agar ALLAH memberi yang terbaik untuk hambanya ini.
Rakan-rakan di IPGM KBM, harapanku agar semua beroleh kejayaan yang diimpikan. Saat-saat indah semasa didalam kelas 1C, BIG di Tanjung Uda Resort, Projek PSK di Cameron Hinghland, Pandu Puteri di Kalumpang Resort, PRAKTIKUM di SKPBP2 dan PROBAG di Tanjung Piai.. akan disemat dalam memori ingatan. Terima kasih atas budi baik semua dan maaf atas segala keterlanjuran kata, dan atas segala perkara yang terjadi atas kelemahan diri ini.

Sunday, November 22, 2009
KETIKA CINTA BERTASBIH
Ketika Cinta Bertasbih
Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta
Saturday, November 14, 2009
KPLI 2009
Saya rasa macam bermimpi , rupanya dah hampir setahun saya mengikuti KPLI di IPM KBM. Seperti baru semalam kenal semua orang. Bergaduh, bergembira, bertengkar dan sebagainya.,, hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi bersama rakan-rakan di kelas 2C. Semester pertama rasa risau sebab terpaksa mengikuti macam-macam program dan saya seperti tak berdaya nak mengikutinya. Macam mana pula dunia baru selepas ini.. apa pula cabaran yang perlu dihadapi..
Meninggalkan rakan-rakan rasa sayu.. Saya pernah mengalami rasa sedih yang teramat pada tahun 1996 apabila berpisah dengan rakan-rakan baik di tingkatan 6.. seharian ketawa dan bergembira.. begitu juga semasa di UM. Saya merupakan orang yang terakhir berkahwin manakala semua rakan-rakan yang lain sudah mula membina hidup baru.. masa itu memang sedih, tiada kawan dan apabila pulang ke rumah hidup terasa kosong dan sunyi.. namun pada masa itu, tugas di Reliable Bazaar sudah mula berat dan saya sibuk menjalankan tugas..
Saya rasa sedikit gusar apabila mengenangkan akan berpisah dengan kawan2 baik yang suka ketawa dan buat lawak bodoh, yang memahami dan yang paling penting tak kedekut.. semuanya baik hati. Tidak seorang pun daripada mereka yang meninggi diri semuanya sederhana walaupun pada hakikatnya mereka juga mempunyai kehidupan yang hebat. Pada saya mencari kawan memang ramai tetapi mencari kawan-kawan yang serasi dan menyenangkan hati sangatlah susah. Geng bulat yang saya tahu sikap mereka amat memahami, menerima kelemahan dan kekuatan rakan dengan seadanya, begitu juga saya. Tidak meninggalkan saya ketika susah dan senang. Harapan saya agar ikatan ukhwah ini akan terus berkekalan,, halalkan segala makan, minum, duit yang telah dibelanjakan dan kata-kata yang mengguriskan hati kalian. Tiada niat untuk menyentuh hati sesiapa. saya hanya sorang insan yang kadangkala alpa dan terleka dengan bisikan syaitan. Pada masa hadapan andai panjang umur dan jodoh, insyaallah kita akan bertemu lagi. Bagi rakan2 kelas 2C yang lain begitu juga harapan saya, doa saya agar semua berjaya.

Friday, November 13, 2009
leher terjerut
Hari ini kisah yang mengejutkan berlaku ditempat lama saya berkerja. Seorang todler yang berumur lebih kurang setahun setengah terjerut lehernya ketika bermain bouncer. Alhamdulillah tidak ada apa-apa yang berlaku, todler tersebut terselamat. bayangkanlah apa yang akan terjadi sekiranya hal yang sebaliknya berlaku. Kepala saya jadi pening sekejab bila mendengar cerita ini. Seorang pengasuh yang bertanggungjawab perlu membawa todler yang tercedera ke klinik yang berhampiran dan memberitahu ibubapa todler tersebut dengan segera tanpa menangguhkan masa.
Jika saya mengalami situasi yang sama saya akan akan membuat seperti di atas. memang dah lama saya praktikkan semenjak 10 tahun yang lalu. Alhamdulillah, setakat ini ibubapa yang anaknya tercedera di bawah jagaan saya tidak akan merungut malahan berterima kasih dan saya mengajar semua anak-anaknya. Agaknya mungkin mereka dah lupa pada pesanan saya yang terdahulu dan akhirnya ibubapa tersebut rasa kecewa apabila pihak taska seperti tidak mengendahkan. Esok saya akan memberi taklimat ringkas pada staff baru taska.

Thursday, November 12, 2009
Posting dan elaun
Assalamualaikum
Coretan hari ini agak serius sedikit. Setiap hari, bulan dari awal tahun isu elaun sering diperkatakan di kantin, bilik kulian, kelas, dirumah dan di mana-mana sahaja. Kadangkala saya terfikir berbaloikah pengorbanan saya untuk berhenti kerja sebagai seorang pengetua di Reliable Bazaar dan menjadi guru di bawah KPM.
Pada masa sekarang saya hanya memperolehi elaun RM1346.00. Untuk mendapatkannya juga perlu mendengar omelan dan sindiran daripada pihak pengurusan IPGM. adilkah semua ini... Tambahan pula elaun yang di bayar tidak tetap dan bergantung pada pihak pengurusan.. sedangkan perbelanjaan itulah yang digunakan untuk macam-macam perkara. Beginikah pengorbanan yang perlu di bayar untuk menjadi seorang guru di bawah kementerian. Bagi saya bukannya hendak meminta lebih dari yang sepatutnya cuma bagilah seperti yang telah dijanjikan. Jika terlewat dan ada masalah TEKNIKAL mintalah maaf secara berhemah.. tidak perlulah jadikan pelajar KPLI ini seperti pengemis.
Seterusnya isu posting.. emm macam2 cerita, gossip dan sebagainya.Isu sabah dan Sarawak, dan kawasan pendalaman di Semenanjung Malaysia. Sanggup atau tidak meninggalkan keluarga.. adakah saya sanggup meninggalkan suami dan anak2 berjumpa hanya masa cuti yang panjang jika saya ditempatkan di kawasan yang saya sebutkan tadi. Saya rasa banyak persoalan yang perlu di ambil kira bukan sekadar ikhlas ataupun tidak. saya percaya kerajaan akan mengambil kira semua aspek sebelum membuat segala keputusan..

Thursday, November 5, 2009
KOMSAS
Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera PMR dan SPM Oleh: Cikgu Mohd. Khir Kassim Pengajaran dan pembelajaran komponen sastera (komsas) selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Mengapakah keadaan ini berlaku? Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera. Satu daripada alasannya ialah guru tidak mendapat pendedahan tentang teknik pengajaran dan pembelajaran komsas. Selain itu guru tidak berminat dengan sastera dan tidak memiliki kemahiran tentang sastera. Guru juga tidak berkeupayaan untuk menunjukkan contoh kepada murid tentang cara-cara karya sastera itu dipersembahkan. Bagi murid pula, mereka selalunya kurang berminat dengan komsas kerana teknik penyampaian guru itu sendiri yang membosankan. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional dan tidak berpusatkan murid. Oleh yang demikian guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran komsas yang kurang menarik yang diamalkan sebelum ini. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas. Teknik pengajaran dan pembelajaran komsas yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut: (a) Teater Pembaca (b) Teater Bercerita (c) Persidangan Meja Bulat (d) Monodrama (e) Balang Kaca (f) Stesen (g) Kerusi Panas (h) Peta Minda (i) Improvisasi (j) Mestamu (k) Dekon (l) Adaptasi (a) Teater Pembaca • Melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas. • Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja. • Membantu penonton (murid) memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka. • Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan. • Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik. (b) Teater Bercerita • Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon. • Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut. • Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu. • Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru. • Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik. (c) Persidangan Meja Bulat • Perbincangan dilakukan secara berkumpulan. • Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan dan seorang pencatat. • Perbincangan berfokus pada isu yang ditetapkan oleh guru. • Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangan dijalankan. • Wakil kumpulan akan membentang dapatan atau hasil perbincangan. • Masa perbincangan 15 – 20 minit. • Guru memantau dan membimbing kumpulan semasa perbincangan dijalankan. • Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera. (d) Monodrama • Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon (murid) • Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih. • Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya. • Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan perwatakan individu lain. • Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik. (e) Balang Kaca • Seorang murid berlakon sebagai watak utama. • Murid-murid lain berlakon sebagai watak-watak lain dan mengelilingi watak utama. • Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama. • Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik muka, gerak tubuh dan sebagainya. • Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik. (f) Kerusi Panas • Seorang murid dikehendaki memainkan peranan sebagai satu-satu watak. • Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas. • Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak berkenaan. • Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang sedang dilakonkannya. • Pelajar lain mencatat perwatakan watak-watak dalam Lembaran Pengurusan Grafik (LPG) yang disediakan. • Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik. (g) Improvisasi • Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar. • Dijalankan dalam kumpulan antara 2 – 5 orang murid. • Mereka diberi masa 10 – 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog. • Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik. (h) Stesen • Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu stesen. • Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru. • Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat. • Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera. (i) Peta Minda • Murid mencatatkan maklumat tentang sesuatu aspek dalam bentuk peta minda. • Peta minda boleh disediakan oleh guru lebih awal, atau pelajar sendiri membina peta minda itu. • Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera. (j) Mestamu • Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik. • Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan seni kata/lirik lagu itu dengan sajak atau puisi yang dipelajari. • Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi. • Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam, dan seloka. (k) Dekon • Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi. • Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak/puisi • Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi. • Teknik ini sesuai untuk sajak. (l) Adaptasi • Murid mencipta karya dalam bentuk genre lain berdasarkan sesuatu genre. Misalnya, menulis pantun atau syair berdasarkan cerpen; menulis skrip drama berdasarkan sajak atau menulis sajak berdasarkan novel. • Dapat mempelbagaikan kemahiran dan meningkatkan kreativiti murid. • Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera. Guru-guru bolehlah mencuba teknik-teknik yang telah dikemukakan tadi semasa mengajarkan komsas di dalam kelas. Semoga teknik tersebut tidak membosankan murid malahan boleh menarik minat dan perhatian mereka untuk mempelajari komsas dan sastera secara amnya. Di samping itu, pakar-pakar kemahiran belajar mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Pembelajaran yang menarik pula sudah tentu akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pengetahuan murid. Diharapkan juga agar minat murid-murid tersebut disuburkan oleh guru yang mengajarkan komsas dengan memberikan bimbingan bukan sahaja untuk mengkaji aspek sastera malahan berupaya untuk menghasilkan karya sastera seperti sajak, pantun, gurindam, cerpen dan novel. |
Thursday, October 29, 2009
Tuesday, October 27, 2009
Temuduga spp
aku telah menjalani temuduga spp. Aku sangat risau sebab temuduga ini merupakan temuduga penting kerana jika lulus temuduga ini maka aku akan terus dilantik. Pada masa yang sama aku sedih juga sebab sahabat yang lain temuduga pada 27 sedangkan aku 26. emm baru aku tersedar yang rakan2 lain namanya bermula dengan R aku aje bermula dengan N.. Bukanlah tak ngam dengan yang lain tetapi aku dah terlalu biasa dengan mereka sehinggakan jika tak ada aku rasa janggal. Sebenarnya banyak juga yang berlaku sepanjang minggu lepas tetapi tak larat nak cerita dan ada jugalah unsur-unsur tak nak beergaduh atau panjang cerita. terima kasih pada rakan2 yang menyokong kuat dari belakang... sekarang ni aku rasa lebih baik buat bodoh dan senang sikit cerita..
Kadang2 rasa macam tertanya2 betul ke keputusan aku nak duduk di sektor kerajaan ni.. bila mengikuti kursus ni barulah jelas nampak beberapa aspek yang perlu diperbaiki terutamanya untuk kaki bodek, pengampu dan orang yang jenis talam dua muka.. emm talam pun ada dua muka.. talam yang belah belakang tu kita buat alas untuk tebar roti canai. Aku dah terbiasa dengagn cara swasta dan pengaruh kepimpinan En Hazrin juga agak kuat. Dia mengajar aku ilmu mengjangka. En Hazrin pernah berkata sektor kerajaan ni sangat besar dan berada di mana-mana seluruh Malaysia dan bilangan pekerja beratus ribu. Jika ada yang cuba menikam dari belakang kita akan sukar mengesan siapa orangnya. Ini berbanding dengan kerja di sektor swasta dan bilangan pekerja paling tinggi hanya 2 hingga 3 ribu dan kita boleh cari orang yang cuba menikam kita. Aku paling tak tahan dengan talam dua muka, oh tolonglah jangan buat perkara seperti ini.
Seterusnya aku juga kurang senang dengan orang yang kuat prasangka. Jika perasaan ini tidak dikawal aku bimbang hanya sengketa yang akan menimpa sebabnya bila buruk sangka tanpa asas ataupun pertimbangan yang baik hanya membuatkan kita bergaduh di atas angin tambahan pula kalau cerita ni di sebarkan pada orang lain. Oh lupa pulak nak cerita tentang ILMU MENGJANGKA nih, en hazrin kata biasanya bila berlaku sesuatu yang tak kena kita akan dapat kesan akibat daripada hal ini. dan bila ramalan ini betul maka kita bolehlah kata kita ni seperti tukang tilik yang pandai. Sepanjang aku duduk kat MAKTAB ni banyak gak aku gunakan ilmu mengjangka ni.. emmm banyak yang kena dan betul. Ilmu mengjangka ini sesuai digunakan pada sektor kerajaan. Pada sikap orang2 seperti diataslah.. aku rasa jika di sektor swasta mesti tak lama sebab swasta amat pentingkan kualiti dalam setiap pekerjaannya kalau tak lingkuplah company beb..
Hebat orang yang kerja kat kerajaan ni, aku tabik pada yang benar2 jujur tetapi pada yang separuh jujur jangan sesekali mengangkat diri anda sebagai orang yang jujur. Tepuk dada tanya selera sebab takut bila meludah terpalit pada diri sendiri. Apa yang aku cakap kat atas ni hanyalah pandangan orang yang tak berapa arif dlm ilmu dunia tetapi aku semakin matang dalam menjalani kehidupan. Pada masa ini juga aku tidak berani menegur sikap2 perkara yang tidak elok yang berlaku berbeza pada masa aku bekerja dengan reliable bazaar dulu jika ada sikap2 di atas aku akan buat teguran terus. Moga allah mengampunkan aku insan yang daif dan lemah ini...

Wednesday, October 14, 2009
Tuesday, September 29, 2009
Gambar Hari Raya Tahun 2009
Assalamualaikum,
Tahun ni beraya kat Kg Ulu Rokan, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan. Dokek yo... dari KL, Tahun Lepas den beghayo kek ghumah mentuo.. Mentuo pun dokek yo kat N9, Ala... apo namo tompek tu... JOHOL.. Tahun ni macam-macam benda aku buat dari menjahit baju sampailah menjahit langsir, mengemas rumah, semua mentua punya rumah bukan rumah aku pun..tunjuk ghajin, menantu kesayanganlah katakan... Rumah aku kat gemencheh ramai orang perempuan.. tak lah susah sangat nak bokojo.. kek ghumah mentuo den.. menangis den... sobab eee, mentua tak ramai anak perempuan, sorang yo.. tu pun beghayo kek ghumah mentuo eee. di Penang. Lepas tu barulah ke JOHOL...memang kalau nak diikutkan den ni bukan lah ghajin sangat... tapi sobab kasih sayang pada mentuo tu banyak maka aku pun berkorban menolong dengan harapan dia tak menghalang aku balik beghayo kek ghumah aku... Kalau nak ceghito panjang lagi ni.. tapi layanlah gambar2 ghayo tahun 2009.

Monday, September 28, 2009
Kembali ke IPGM KBM
Setelah seminggu bercuti menyambut lebaran. Hari ini semua warga IPGM KBM kembali ke Maktab menjalani rutin harian seperti biasa. Selamat Kembali , semua.. Saya bertemu semula dengan sahabat2, tak sangka Rohani Ibrahim datang lambat dan duduk di atas pentas di dataran budi... hai jadi macam budak2 lagilah nampaknya kita ye.. Kelas dah mula, Puan Latifah dah mula memberi taklimat... harap2 aku ni berubah menjadi lebih rajin....
Oh ye.. jika ada orang yang nak jual bekas toner yang dah habis bolehlah hubungi saya ye...

Friday, September 11, 2009
Mural SKPBP (2)
Ni gambar rakan-rakan yang tengah buat mural di SKPBP 2. Petang tu mulut terasa nak makan mee sup. Rasa melekat kat mulut kuah mee sup. Saya suka makan dengan sos cili, tapi kalau sup tulang sukalah makan dengan kuah cili.. emm layan ajelah gambar-gambar ni...
Thursday, September 10, 2009
IFTAR kat Shah Alam
Tuesday, September 8, 2009
Mural SKPBP (2)
Sebenarnya tugasan membuat mural ni dari bulan lepas saya dan kak eta terima. Tetapi banyak sangat perkara yang perlu dibuat sehingga kena atur satu-satu. Petang ni terlaksana jugalah rancangan nak buat mural ni. Kami dikehendaki membuat bendera Malaysia dan bendera negeri Selangor. Tengok ajerlah nanti pakar melukis ni melukis mural... alahai...
Monday, September 7, 2009
PRAKTIKUM & HARI RAYA
Rasa macam dah tak sabar nak habiskan PRAKTIKUM di SKPBP2. Pada masa yang sama saya juga rasa teruja menantikan hari raya. Emmm tak tengok lagi baju raya yang adik beradik belikan. Diorang kata warna merah.. merah lagi, dahlah tahun lepas warna merah hati. Tahun ni pulak warna merah.. Belasah ajelah. Rauf pula cukuplah dua pasang baju t'shirt dan seluar panjang. Saya pula macam yang saya cakap tadi tak tengok lagi baju yang adik beradik belikan sebab diorang terus tempah. Mak mertua belikan satu baju, kak umi bagi satu baju dan saya pulak beli satu baju ala-ala batik walaupun bukan sutera. Baju ala-ala batik ni terpaksa beli sebab hari khamis nak kena pakai. Nak beli sutera beratus-ratus ringgit rasanya tak sanggup nak beli. Tambahan pulak sekarang ni tengah mengikuti KPLI mana nak cukup duit beli baju mahal-mahal. Tapi tak pelah dari tak ada, sekurang-kurangnya adalah juga kan... gambar kat atas rauf tengah mengada-ngada menangis tak tahulah apa yang dia tak puas hati pada masa tu...
Suami yang tersayang
Pada suami yang tersayang..
Ibu ucapkan ribuan terima kasih atas segala yang telah abang buat untuk keluarga kita. banyak bantuan yang telah diberikan terutamanya pada masa sekarang. Tanpa sokongan abang tak mungkin ibu dapat uruskan semua dengan lancar. Mungkin pada abang bantuan yang diberikan biasa sahaja seperti membantu urusan rumah mengemas, menjaga anak dan sebagainya. Tetapi bagi ibu bantuan itu banyak maknanya dan sekurang-kurangnya ibu tidaklah penat sangat bila balik dari kerja. Kadangkala bila rakan-rakan merungut kepenatan menguruskan hal rumah tangga tapi ibu tidak mempunyai masalah itu. Malahan abanglah yang lebih baik menjaga rumah dari ibu. Terima kasih, sekali lagi.

Kebun Mini Organik
Assalamualaikum pada semua pengunjung blog.
Pada yang selalu mengunjungi blog ini sejuta ucapan terima kasih. Pada yang baru hendak mengenali diri saya juga sekalung ucapan terima kasih. Pada hari ini saya ingin menunjukkan pada semua tentang kebun mini organik yang saya sedang usahakan. Saya berpendapat semua patut dan harus menggunakan bahan berasaskan organik. Walaupun tidak dapat membantu kesihatan manusia secara total tetapi sekurang-kurangnya kita mengelak daripada makan makanan yang beracun. Pada masa akan datang insyallah saya akan paparkan tentang maklumat organik yang memang sedia ada di alam melayu tetapi telah dilupakan. Untuk maklumat semua secara ringkasnya makanan ornganik merujuk pada sumber makanan yang belum tidak menggunakan bahan kimia atau beracun. Contohnya sayur yang digunakan tidak menggunakan baja kimia untuk menjadikannya hijau dan tidak dihampiri oleh musuh. Baja yang digunakan juga seharusnya terdiri daripada baja yang asli contohnya tahi lembu, tahi ayam ataupun baja compose. Makanan organik pada masa kini amat sukar diperolehi dan jika ada harganya jauh lebih tinggi. Ini disebabkan untuk menjadikan sayuran cantik tanpa musuh biasanya petani perlukan sembur dengan pemusnah ulat. Pokok cili yang saya tunjukkan dalam gambar diatas sedang diserang oleh ulat dan saya sedang cari maklumat untuk mengelakkan serangan ulat tanpa menggunakan bahan beracun ataupun kimia walaupun kuantitinya sikit.

Thursday, August 27, 2009
Kasih Sayang Anak dan Ayah
Pagi ini rasa macam ingin menulis tentang kasih sayang antara seorang anak dan ayah. Hari minggu yang lepas saya pulang ke kampung dan emak beritahu abang sepupu iaitu abang An ada di kampung. Abang An menghidapi penyakit kencing manis tahap serius dan beliau juga ada masalah kesihatan psikologi. Bila jiwa dia tidak tenteram atau ada masalah dia akan mula meracau dan mentalnya tidak stabil. Abang An mempunyai seorang isteri dan sepasang anak. Yang sulung perempuan dan yang bongsu lelaki. Kedua-duanya masih belajar, seorang di kolej dan seorang lagi di sekolah menengah.
Disebabkan kehidupan yang biasa sahaja maksudnya tidaklah senang sangat maka apabila Abang An sakit, isterinya perlu bekerja untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Oleh itu, isterinya tidak boleh menjaga dan menguruskan abang An. Abang An pun di hantar ke kampung. Mak Lang dan Pak Lang lah yang menguruskannya. Mak lang dah tua dan apabila terpaksa menjaga Abang An menyebabkan dia kepenatan. tapi apakan daya tidak ada sesiapa yang boleh menguruskan abang an. Keadaan ini saya lihat sendiri semasa abang an di HKL. Kesiannya.. anak dan isteri tidak boleh datang selalu, hanya mampu datang hujung minggu. Adik beradik pula sibuk dan mak lang dan pak lang pula terlalu jauh nak berulang melihat dia di HKL.
Bila dia pulang ke kampung dia sangat merindui keluarganya, hinggalah satu hari pada senja dua ramadhan abang an jatuh pengsan dan saya adik beradik mengangkat abang an. Abang An dimasukkan ke hospital Tampin malam itu. Pada malam itu, jelas pada mata saya dia merindui anaknya. Saya berazam untuk menunaikan hasratnya yang satu. Tambahan pula cuti sekolah dan saya berpendapat kalau isterinya benarkan saya membawa pulang seorang anaknya. Malam itu saya berusaha berhubung dengan Fitri anak lelaki abang an. Akhirnya berjaya, saya menjelaskan pada Fitri keadaan ayahnya yang tidak stabil. Pada mulanya Fitri mahu pulang ke kampung. Namun malam itu Fitri balas sms mengatakan dia hanya akan pulang melihat ayahnya pada hujung minggu ini. Saya berasa kecewa, saya memujuk Fitri sekali lagi dan akhirnya berjaya tetapi Fitri hanya mahu balik hingga hari rabu atau khamis. Fitri rasa serba salah untuk meninggalkan emaknya keseorangan. Tapi saya fikir tak kisahlah walaupun sekejab biarlah asalkan abang an dapat melepaskan rindu. Akhirnya pada pagi isnin saya berjaya membawa Fitri pulang ke kampung. saya terus membawa Fitri ke hospital. Abang An terkejut melihat anaknya datang dia terus menangis. Dia memeluk dan cium anaknya tanpa henti. Fitri menyapu air mata ayahnya. saya rasa begitu syahdu saat itu, air mata saya mengalir melihat saat itu. Saya rasa puas dapat membantu abang an. Fitri berjanji akan duduk di kampung sehingga hujung minggu dan akan ke hospital setiap petang melawat ayahnya.
Mak lang bercerita setiap petang Fitri akan suapkan bubur pada ayahnya dan ketip kuku dan menyikat rapi rambut ayahnya. Begitulah kasih sayang anak pada ayah... saya berdoa agar abang an dapat merasa kehangatan kasih sayang ini hingga akhir hayatnya. Saya juga berdoa agar abang an sihat semula. walau pun sukar sebab penyakitnya dah teruk. Insyaallah jika tabah dan disiplin abang an akan berjaya menjalani kehidupan seperti dulu.

Hujan
Dari semalam hujan turun tak berhenti-henti. Bagi saya hujan ni memberi rahmat yang amat besar antaranya memudahkan saya kerana tak perlu siram pokok-pokok yang ada dalam kebun mini di belakang rumah. Saya ada mengusahakan kebun, saiznya kecil aje adalah sikit untuk keperluan harian saya. Sekurang-kurangnya saya tak perlu nak beli serai, daun pandan, daun kunyit dan cili. Semalam baru tanam pokok cili besar. Hari hujan ni, harap-harap tumbuhlah dengan cepat. Saya tanam pokok-pokok tersebut tanpa menggunakan baja kimia semuanya secara semulajadi. Saya hanya menggunakan sumber alam yang tersedia sahaja seperti tanah, dan tahi lembu. Seboleh mungkin saya mahu mengusahakan secara organik. En hazrin pernah terangkan tanaman secara organik sukar nak dibuatdan saya memang akui susah berbanding dengan orang lain yang menanam pokok dan menabur baja. Kalau ada masa saya akan ambil gambar kebun dan masukkan dalam blog ni. Pagi ni saya teringin nak ke kebun untuk merumput tapi kalau hujan tak berhenti tak bolehlah nampaknya. Kalau pergi tengah hari susah pulak sebab Rauf ada nanti dia berjalan-jalan kat jalan. Bimbang juga kereta lalu lalang. Hari ini dah hari jumaat, puasa pun dah masuk hari ke tujuh. Cuti juga dah nak habis. Hari selasa ni sekolah balik. Bila cuti terasa boring bila dah nak kerja terasa malas la pulak...
Salam Ramadhan
Assalamualaikum
Kepada semua rakan-rakan yang ada mengikuti blog ini sekalung ucapan terima kasih pada semua. Kepada kak eta yang banyak mengajar saya yang agak lembab IT untuk membuat blog. Dikesempatan ini saya mengucapakan Salam Ramadhan pada semua rakan-rakan baik di IPGM KBM, pensyarah pembimbing En Masywawi Mohd Nor atau pun En Bai, Mentor Puan Fatimah Mohd Dahlan, rakan-rakan baik semasa di Universiti Malaya dan rakan-rakan sekerja di reliable bazaar sdn bhd. Saya berdoa agar ramadhan ini memberi seribu keberkatan kepada semua. Minggu ini merupakan cuti sekolah. Saya mengambil kesempatan ini untuk bercuti dengan bersungguh-sungguh, maksudnya berehat sahaja tanpa mempedulikan masalah-masalah kerja ataupun kerja-kerja yang tertangguh. Entahlah.... saya mesti kuatkan semangat untuk selesaikan kerja-kerja tertangguh antaranya menanda buku kerja murid, soalan exam kelas 5 intan, kebun yang tidak terjaga, kemas rumah... emmm banyaknya kerja. Tambahan sekarang puasa rasa macam tak larat aje, asyik nak tidur.

Wednesday, August 26, 2009
ROSLAWATI DAN ROZNILAH
Dua orang wanita ini merupakan sahabat baik semasa di IPGM KBM. Namun semasa praktikum ini kami membawa haluan sendiri kerana sekolah lain. Saya berdoa agar anda berdua berjaya menempuh cabaran semasa praktikum dan semoga berjaya. Rindu dengan kamu berdua dan rakan sekelas 1C. tak sabar nak berjumpa semula selepas PRAKTIKUM ni....
ABDUL RAUF BIN MUHAMMAD RIZAL
Inilah satu-satunya permata hati saya pada masa sekarang.. saya nak sangat anak lagi... tapi disebabkan saya sedang mengikuti KPLI emmm terpaksalah menangguhkan perancangan ini... Rauf lahir pada tahun 2006, 25 oktober. Banyak juga cabaran semasa melahirkan dan nak membesarkan Abdul Rauf ni. rauf lahir dengan masalah retak di panggal kepala dan ada sedikit pendarahan pada retak itu. Pada mulanya saya tidak tahu Rauf ada masalah ini kerana selepas operation saya masuk wad dan keletihan setelah dua hari sakit nak bersalin. Entahlah banyak gak nak ceritanya... saya pun rasa macam tak tahu nak cerita. Biarlah, sekarang ni Rauf macam gambar di ataslah dah semakin sihat dan pandai. saya berdoa supaya rauf tidak menghadapi masalah besar yang lain....
PRAKTIKUM
Dah lama tak menulis dalam blog ni. Rasanya dah hampir dua bulan. Dah macam-macam yang berlaku sepanjang dua bulan ini. nak cerita pun rasanya tak tercerita. Tapi rasanya dalam macam-macam hal tu saya dah boleh membina keyakinan diri dan saya berharap agar saya berjaya menempuh cabaran sepanjang tahun 2009 ini. saya menganggap tahun 2009 adalah tahun yang paling teruk sepanjang perjalanan ini. Saya amat berharap agar ALLAh memberi kekuatan.
Saturday, July 11, 2009
Praktikum Di SKPBP2
Lama dah tak tengok blog ni, macam-macam hal dah berlaku. Saya dah menjalani latihan mengajar di SKPBP2 selama 3 minggu. Minggu pertama macam orang tak betul sebab masih tak pasti nak buat macam mana. Alhamdulillah guru pembimbing dan rakan baik iaitu Rozita banyak membantu dalam hal ini. Terima kasih semua.

Monday, June 15, 2009
Minggu yang sukar
Assalamualaikum
Minggu ni merupakan minggu yang paling kelam kabut dan stress. Sebab yang pertama abah sakit, walaupun dia dah keluar wad tapi dia masih rasa tak sihat, muntah-muntah dan tak boleh makan. makan sikit muntah dan asyik ke klinik aje. Hari Ahad yang lepas kesian kat abg long yang terpaksa turun naik Port Dickson sebayak 4 kali untuk ubatkan abah. lepas tu dia kena balik Shah Alam sebab esok semua dah kerja. Saya sahaja yang masih ada seminggu cuti. Saya kena tunggu sebab nak ulang alik ke hospital dan klinik hanya saya yang boleh memandu kereta. Hari ini sahaja dah 4 kali juga saya jadi penunggu setia klinik. Doktor kata gastrik, ubat dah macam-macam yang doktor bagi tapi tak ada yang sesuai. Abah asyik sakit aje, perut dia sakit katanya. tak tentu arah macam orang yang nak bersalin. Petang tadi pergi klinik yang lain pulak, klinik Dr Ismail, abah ceritakan semua sejarah sakit dia dari dulu dan sehinggalah yang akhir sekali tengahari. Akhirnya dia makan ubat yang dr Ismail bagi dan nampak macam kurang sikit. Saya harap agar terus berkurangan.
Sebab yang kedua masalah yang berlaku di Akmil dan kakitangan Reliable Bazaar.. yang ni saya tak tahu nak cerita macam mana.. Kedua-dua masalah ni buat aku sakit kepala. Saya mimpi yang saya perlu buat kedua-dua serentak. Pergi mesyuarat dan sambil tu layan abah yang tak sihat. Saya mimpi saya bawa abah dan sambil tu sertai mesyuarat. Emm akhirnya saya pun pening kepala. Entah la...

Friday, June 12, 2009
Abah masuk wad
Assalamualaikum
malam rabu saya dapat panggilan telefon dari adik saya Kak Teh, dia inform saya yang abah sakit habis satu badan bengkak dan tak tahu punca. Abah minta saya balik untuk uruskan hal-hal di kampung. Dalam keadaan terpisat-pisat saya bangun dan kejutkan suami. Saya bincang dengan dia akhirnya saya balik kg pada pukul 2.45pagi. Apabila dah nak sampai kampung kak teh call dan beritahu yang abah dah masuk wad dan minta saya balik kg terus dan tak perlu singgah hospital. Sampai rumah mak dan adik-adik yang ada kat kg tengah sedih sebab nampak keadaan abah yang agak kritikal seperti orang tak boleh bernafas.
Esok pada pagi khamis along, kak lang dan kak chik pergi ke hospital Tampin untuk melihat keadaan abah. Doktor beritahu yang badan abah dipenuhi ai r dan hampir masuk ke jantung. So, abah kena makan ubat yang buatkan dia kencing. Tengahari tu along dan yang lain balik, saya, mak, kak teh dan kak tam serta Rauf aka yot yot pergi ke Hospital. Bila sampai hospital saya rasa lega kerana bengkak dah nampak susut dan abah dah boleh bernafas seperti biasa. Alhamdulillah, syukur pada ALLAH. Abah minta saya tunggu kat kg untuk bantu dia dan adik-adik yang masih ada kat kg sbb yang lain perlu pulang dan bekerja. Saya tengah cuti selama tiga minggu. Lepas ni PRAKTIKUM di Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 2.
Sepatutnya saya kena pergi IPGM KBM dan taska akmil di Puchong tapi dua-dua tempat ni tak boleh pergi. Minta maaf pada semua yang telah membuat janji dengan saya terutamanya kak ita. Saya berjanji dengan kak Ita untuk jumpa dengan pensyarah pembimbing iaitu En Bai untuk mengenalkan diri sebagai guru pelatih di bawah seliaannya. dan juga pergi berjumpa dengan Cik Midah untuk tunjuk kerja KKBI dan dapatkan tandatangan beliau.
Saya juga berjanji untuk pergi ke Taska Akmil yang terletak di Bandar Kinrara Puchong bertemu dengan guru-guru di sana. Maaf en Hazrin saya tidak dapat menunaikan permintaan. Insyaallah bila dah settle nanti saya akan usaha sedaya upaya berjumpa dengan semua orang yang en Hazrin minta...
Sekian

Thursday, June 11, 2009
Salam Perkenalan
13/6/2009 ( Jumaat )
Assalamualaikum
Salam perkenalan pada semua...
Ini merupakan kali pertama saya menulis dan merupakan blog pertama yang saya buat..
Saya berminat untuk membuat blog ini setelah melihat rakan-rakan lain di IPGM KBM mempunyai blog sendiri. Setelah saya membaca blog kak ita dan kak jem, saya rasa terigin untuk share apa2 perkara dalam blog, Mungkin juga luahan hati atau apa sahaja. Share rasa gembira, sedih, marah atau apa sahaja.
Saya sedang mengikuti KPLI di IPGM KBM lembah Pantai untuk sesi 2009. Saya rasa amat bersyukur kerana saya telah mohon untuk mengikuti KPLI sejak tahun 2001. Hanya tahun ini saya perolehi peluang itu. Saya tidak akan sia-siakan peluang ini. Namun pada masa yang sama saya masih diminta untuk membantu taski dan taska. Jika sebelum ini saya tidak begitu kisah jika tidak dapat KPLI tapi pada tahun 2008 apabila sesi ujian bertulis dan temuduga saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menempatkan diri dalam sektor kerajaan.
Sebelum ini saya menjadi pengetua ataupun pengurus taska dan taski di sekitar Petaling Jaya. Banyak pengalaman yang saya perolehi dari situ, pengalaman berhadapan dengan ibubapa, pelajar dan orang ramai. Gaji yang diperolehi juga amat memuaskan hati diikuti dengan claim-claim perjalanan. Namun begitu, banyak lagi faktor lain yang menyebabkan saya perlu berhijrah terutama setelah anak saya yang berusia 2 tahun 7 bulan banyak mengalami masalah kesihatan dan perlu berulang alik hospital. Mak dan abah juga sering berulang ke hospital dan memerlukan belanja yang besar. Mengenangkan itu saya rasa jika berkhidmat dengan kerajaan sekurang-kurangnya belanja perubatan untuk semua tidaklah begitu besar. sebagai contoh, mak saya yang menjalani pembedahan lutut kos yang perlu disediakan ialah 10 ribu untuk sebelah kaki. Alhamdulillah pada masa itu, doktor yang merawat mak ialah doktor Talib sepupu mak, Oleh itu doktor talib telah membantu keluarga kami dalam hal ini. Terima kasih Doktor Talib dan kakitangan Hospital Melaka.
Sebenarnya saya tidak begitu selesa untuk berkhidmat dengan taski dan taska lagi, tapi elaun yang di terima tidak cukup untuk membantu suami, tambahan pula kami duduk agak jauh dari IPGM KBM dan belanja agak besar. Oleh itu, aku terpaksa menerima tawaran dari pihak majikan lama untuk membantu mereka. Tambahan pula mereka masih perlukan khidmat saya ( Itu majikan lama cakaplah). Saya tidak mampu membahagikan masa antara belajar, keluarga, dan kerja. Saya tidak dapat menumpukan perhatian dan hal ini menyebabkan saya tertekan. Hari ini En Hazrin call dan kami berbincang beberapa hal tentang taski dan taska, hal-hal berkaitan dengan pekerja taska Akmil, penyelia-penyelia dan lain-lain. Saya seperti tidak mampu mendengar lagi. Semua orang yang ada di sana saya sayang dan saya amat berharap agar semua orang dapat menjalankan tugas dengan baik. Tapi masalahnya banyak masalah yang saya dengar sehingga saya berfikir adakah ini semua salah saya dan adakah semasa saya bertugas dahulu saya tidak menjalankan amanah yang diberi dengan baik sehingga sekarang apabila saya tidak ada semua mengambil kesempatan dan hanya memikirkan diri sendiri sahaja. Entahlah...
Saya rasa cukuplah sampai disini dahulu. Jumpa lagi...

Subscribe to:
Posts (Atom)